HARIMAU bintang ini mengerang
kesakitan ketika cuba mengeluarkan duri landak dari badannya. - Agensi
LIMPOPO, Afrika Selatan –
Seekor harimau bintang yang lapar menerima padah ketika cuba menerkam seekor
landak selepas badannya dipenuhi dengan duri haiwan itu baru-baru ini.
Jurugambar, Helgard de Villiers
yang merakamkan kejadian itu ketika mengunjungi Taman Negara Kruger, Afrika
Selatan berkata, kedua-dua haiwan itu seakan-akan terlibat dalam satu
pergaduhan hebat di sebalik semak sebelum harimau bintang berkenaan muncul
dengan kesan luka pada badannya.
“Saya lihat harimau bintang itu
mendekati sesuatu di sebalik semak dan ia kelihatan berwaspada dengan haiwan di
hadapannya,” ujar de Villiers.
Harimau berkenaan menerkam dua
ekor landak dan berjaya menangkap seekor landak yang lebih besar menggunakan
kukunya.
Bagaimanapun, harimau bintang
itu gagal dalam pemburuannya dan keluar dari semak dengan kesan kecederaan
selain memerlukan masa lebih satu jam untuk menanggalkan duri landak tersebut
daripada badannya. – Agensi
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3s5oh2dqx
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment