Dollah
Salleh
JURULATIH
Selangor, Dollah Salleh (gambar) berharap permulaan tahun baru 2008 hari ini
bakal membawa kejayaan tersendiri buat dirinya dan juga pemainnya.
Biarpun
kecewa dengan prestasi anak buahnya ketika dibelasah 2-6 oleh Kedah kelmarin,
Dollah bagaimanapun masih menyimpan hasrat agar kekalahan itu dapat ditebus
pemainnya pada pertemuan dengan Perlis di Stadium Shah Alam malam ini.
Malah,
bagi bekas pemain kebangsaan itu, andai kemenangan dapat dicipta malam ini,
sudah pasti tahun 2008 ini bakal menyuntik semangat baru kepada anak buahnya
dalam mengharungi cabaran Liga Super musim ini.
“Memang
kekalahan kepada Kedah amat mengecewakan. Begitupun, kami perlu lupakannya dan
tumpukan perhatian kepada pertemuan dengan Perlis esok (hari ini),” kata
Dollah.
“Moral
pemain juga saya lihat semakin baik setelah menerima suntikan motivasi daripada
pengurus Datuk Satem Diman petang tadi (semalam) dan saya rasa mereka juga
tidak sabar mahu membuktikan keupayaan sebenar.
“Jika
menang malam esok, saya pasti ia bakal menjadi pembakar semangat kepada pemain
untuk meneruskan cabaran pada tahun 2008 nanti,” kata Dollah semalam.
Begitupun,
Dollah masih berteka teki mengenai barisan pemain yang akan diturunkannya pada
pertemuan dengan Perlis malam ini.
“Memang
terdapat beberapa kelemahan dalam pasukan ketika tewas kepada Kedah dan kali
ini saya mungkin akan membuat beberapa perubahan kecil dalam barisan pemain,”
kata Dollah.
“Tiada
apa yang perlu dirisaukan di atas kekalahan kepada Kedah tempoh hari kerana
bagi saya ia adalah nasib dan perjalanan kita masih lagi panjang.
“Bagi
saya, Perlis pula sama hebatnya dengan Kedah dan walaupun mereka tewas pada
perlawanan lepas, ia tidak bermakna kita boleh memandang mudah pada pertemuan
ini nanti.
“Begitupun
saya tetap berharap agar kemenangan dapat dilakar malam esok supaya ia terus
menaikkan semangat pemain dalam pasukan ini,” ujarnya lagi.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3swpJdYCI
No comments:
Post a Comment