SABTU, 14 NOVEMBER 2015 @ 6:37
PM 2 wakil negara mara separuh akhir remaja dunia
KUALA LUMPUR: Dua pemain
perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying mara ke kelompok empat
Kejohanan Badminton Remaja Dunia yang diadakan di Lima, Peru. Jin Wei pemain
nombor satu negara yang juga pilihan keempat kejohanan pada Jumaat,
mengetepikan pemain pilihan ke-13, Chen Yufei dari China 21-19, 22-20, menurut
laman sesawang rasmi kejohanan www.bwflima2015.com. Ying Ying turut berjaya
mara ke separuh akhir dengan kemenangan sensasi 19-21, 21-13, 21-10 ke atas
pilihan ke-8 Julia Dawall Jakobsen dari Denmark. Jin Wei dan Ying Ying
masing-masing akan menentang dua pemain Jepun, Moe Araki dan pilihan ke-11,
Natsuki Nidaira.
Perlawanan separuh akhir akan
berlangsung pada pukul 3 petang hari Sabtu, atau pukul 4 pagi hari Ahad waktu
Malaysia. Cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berakhir selepas
pemain tunggal negara R Satheishtharan yang juga pilihan ke-8 kalah mengejut
kepada pemain India, Siril Verma 15-21, 14-21 pada separuh akhir. Malaysia
turut menghantar pemain untuk regu lelaki dan wanita serta regu campuran yang
semuanya gagal pada pusingan kelayakan kejohanan edisi ke-17 itu. -- BERNAMA
Goh Jin Wei
SUMBER:
http://www.bharian.com.my/node/96916
No comments:
Post a Comment