Hanoi: Seorang pembalak menemui
cendawan Lingzhi gergasi seberat hampir 70 kilogram dipercayai berusia 1,000
tahun.
Cendawan itu dijumpai di sebuah
kawasan hutan di daerah Tuong Duong di wilayah Nghe An, utara Vietnam
bersempadan dengan Laos.
Pembalak itu memberitahu,
kerana terlalu besar, cendawan itu terpaksa dikerat dua dan diangkat empat
lelaki dewasa.
Bahagian kecil cendawan itu
dijual kepada seorang penduduk tempatan dengan harga £875 (RM5,692).
Katanya, dia juga menerima
tawaran untuk membeli bahagian cendawan yang lebih besar itu pada harga £2,330
(RM15,158).
Bagaimanapun, lelaki itu masih
belum memutuskan mahu menjual cendawan berharga itu atau tidak.
Cendawan Lingzhi dianggap
sebagai cendawan ajaib kerana dipercayai sangat berkhasiat dan mampu mengubati
pelbagai jenis penyakit.
Tumbuhan itu sudah digunakan
untuk tujuan perubatan di China dan beberapa negara di Asia sejak lebih 2,000
tahun lalu.
Lingzhi juga dipercayai
cendawan paling tua di dunia yang digunakan dalam perubatan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 22 November 2015 @ 5:17 AM
CENDAWAN Lingzhi gergasi yang
dijumpai seorang pembalak di Vietnam.
- SUMBER:
http://www.hmetro.com.my/node/94861#sthash.2dAvhAvc.dpuf
No comments:
Post a Comment