KHAMIS, 12 NOVEMBER 2015 @ 8:15
AM
Ngauman Harimau Malaya gusarkan
Palestin
Daripada Mohd Fitrie Muhamad Fitrie@bh.com.my
PENGENDALI Palestin, Abdel
Nasser Barakat dan ketua pasukan Palestin, Abdallatif Al Bahdari. - Foto
REUTERS
AMMAN: Palestin tetap
berwaspada dengan ancaman Malaysia ketika kedua-dua pasukan akan berentap pada
aksi Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di di Stadium
Antarabangsa Amman, disini , hari ini.
Sejak dibawah kendalian Datuk
Ong Kim Swee, skuad negara kian meningkat dan kejayaan membenam Timor Leste, 13
Oktober lalu nyata membuka mata pengendali Palestin, Abdel Nasser Barakat.
"Mereka pasukan yang
bagus. Pastinya saya perlu memastikan seluruh pasukan berada dalam keadaan
sedia untuk cuba memastikan kemenangan," katanya ketika merujuk kepada
kemenangan Malaysia ke atas Timor Leste.
Ketika aksi dengan lawan sama,
Palestin sekadar mencatatkan keputusan seri 1-1 dan boleh dianggap bernasib
baik kerana berjaya menjaringkan gol pada masa kecederaan babak kedua.
Bagaimanapun, Abdel Nasser
tetap bersikap tenang dalam merencanakan strategi terbaik bagi memastikan mata
maksimum menjadi miliknya.
"Apa pun perkara negatif,
kami cuba ambil semua itu dan tukar ia menjadi lebih positif. Kami perlu segera
bangkit dan memastikan keadaan pemain berada terbaik," katanya.
Sementara itu, ketua pasukan
Palestin, Abdallatif Al Bahdari berkata beliau dan rakan sepasukannya sentiasa
optimis untuk beri yang terbaik.
"Kami sentiasa lihat ke
depan dan tidak sabar untuk turun beraksi. Pastinya kemenangan menjadi perkara
utama bagi memperbaiki kedudukan pasukan dalam kumpulan," kata Abdallatif.
SUMBER-BERITA HAIAN ONLINE
12.11.2015
No comments:
Post a Comment