Ad

Saturday 21 November 2015

Sarawak iringi JDT ke suku akhir

SABTU, 21 NOVEMBER 2015 @ 11:01 PM 

KUALA LUMPUR: Sarawak memastikan tiket ke suku akhir Piala Malaysia 2015 tidak terlepas dari genggaman selepas melakar keputusan seri 1-1 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi terakhir peringkat kumpulan, malam tadi. Keputusan seri menyaksikan Sarawak mengumpul lapan mata untuk menamatkan saingan selaku naib juara Kumpulan B untuk mengiringi JDT yang lebih awal mara selaku juara. 

Pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu, tuan rumah bermula garang dengan beberapa cubaan berbahaya namun hanya membuka tirai pada minit ke-38 menerusi jaringan Amirul Hadi Zainal. Perlawanan begitupun terpaksa ditangguhkan lebih 10 minit apabila lampu limpah stadium terpadam sebaik babak pertama berakhir. Sedar apa yang dipertaruhkan, Sarawak melancarkan serangan awal pada babak kedua dan ia berhasil empat minit permainan bersambung apabila Gerhardt Ernst menyamakan kedudukan buat pelawat. 

Di sebalik permainan yang bertambah rancak, gol pada minit ke-49 itu menjadi gol terakhir di Larkin pada malam itu. Pada satu lagi aksi Kumpulan B, hasrat ATM untuk melangkah ke suku akhir tidak kesampaian sekali pun mencatat kemenangan 4-3 ke atas Perak. Kemenangan menyaksikan ATM mengumpul tujuh mata dengan Perak tiga mata. PEMAIN Johor Darul Ta'zim, Mohd Amri Yahyah (kiri) diasak pertahanan Sarawak, Ronny Harun dalam saingan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium Larkin, malam tadi. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
 

Sumber: http://www.bharian.com.my/node/98960

No comments:

Post a Comment