Patriotisme
50 tahun
DEMI
rasa cinta kepada negara, rakyat negara ini melahirkan kecintaan tersebut dalam
pelbagai cara sempena sambutan kemerdekaan negara yang ke-50. Tujuh rakyat
negara ini menyahut cabaran mendaki Gunung Everest pada bulan Mei lalu dalam
satu ekspedisi Merdeka de’ Everest 2007. Bagaimanapun, hanya enam daripada
mereka yang mengibarkan Jalur Gemilang di bumbung dunia itu pada ketinggian
8,848 meter (29,028 kaki) dari paras laut.
Datuk
Khalid Yunus, 64, selaku Presiden Persatuan Kembara Negara, merupakan pendaki
tertua dalam ekspedisi tersebut bagaimanapun gagal menyempurnakan misi itu.
Setelah
berenang selama kira-kira 14 jam, perenang dua beradik, Zahra Masoumah Abdul
Halim, 15, dan adiknya Salman Ali Shariati, 10, berjaya menamatkan renangan
merentasi Selat Melaka dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis dengan catatan tiga
rekod. Zahra Masoumah mencatat rekod sebagai perenang perempuan yag pertama
berjaya merentasi selat sejauh 46 kilometer itu manakala Salman Ali Shariati
mencatat rekod sebagai perenang paling muda.
Sebanyak
2,007 pokok bunga raya ditanam dalam masa 50 saat, sekali gus mendapat
pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai satu rekod terpantas.
Pokok
bunga itu, ditanam oleh 2,100 warga kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS) di kampus mereka di Bangi sempena menyemarakkan lagi sambutan
ulang tahun ke-50 kemerdekaan.
Kejohanan
Futsal Mahasiswa Merdeka 50 Jam Tanpa Henti 2007 berakhir dengan penuh bermakna
apabila cabaran itu diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai kejohanan
futsal paling lama secara berterusan.
Cuma
dua kotak biskut seorang, itulah habuan setelah berpenat-penat selama empat
hari tanpa henti untuk satu tujuan iaitu mencatat rekod memancing paling lama
dalam Malaysia Book of Records (MBR). Ia juga hakikat yang terpaksa diterima
oleh 12 pemancing kumpulan Durafishers yang mencatat rekod memancing 99 jam
tanpa henti di Kolam Pancing Bai-World, Tasik Puteri, Rawang. Pertandingan yang
dianjurkan sempena sambutan 50 tahun merdeka menampilkan semangat patriotik
para peserta.
Ahli
Putera UMNO, Mohd. Norazmin Abdul Aziz, 23, berjaya melakukan renangan dari
Pulau Rupat, Sumatera, Indonesia ke Teluk Kemang sejauh 65 kilometer dalam masa
24 jam 33 minit. Catatan itu sekali gus memecah rekod dunia yang dicatatkan oleh
seorang perenang Jepun pada tahun 1972 yang mencatat masa 25 jam.
Jurugambar
Utusan Malaysia, Mohd. Noor Mat Amin, 40, berjaya menamatkan pendakian
terakhirnya bagi melengkapkan Misi Pendakian Solo 50 Puncak Kinabalu yang
dicapainya selepas ekspedisi selama 64 hari. Beliau yang kini popular dengan
gelaran ‘Mr. Solo’ melangkah ke puncak tertinggi Gunung Kinabalu untuk
mencatatkan nama dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pendaki pertama
yang berjaya mendaki puncak gunung itu sebanyak 50 kali.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Detik_07&pg=d07_03.htm#ixzz3swWKEGFY
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment