SABTU, 14 NOVEMBER 2015 @ 7:54
AM
Oleh Nor Farhani Che Ad
bhsukan@bh.com.my PEMAIN tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar, menamatkan zaman
bujangnya, semalam apabila memilih guru Matematik, Nur Izyan Mustafa Khalid.
SUNGAI PETANI: Pemain tengah Kedah, Baddrol Bakhtiar, 27, menamatkan zaman
bujangnya, semalam apabila memilih guru Matematik, Nur Izyan Mustafa Khalid,
27, sebagai suri hidupnya.
Baddrol atau lebih dikenali
sebagai Bad dan Nur Izyan, sah sebagai suami isteri selepas diijab kabul dalam
satu majlis di kediaman pengantin perempuan di Taman Peruda Utama, di sini,
dengan kedua-dua mempelai mengenakan buasan sedondon berwarna putih. Dia yang
turut menyarung jersi skuad kebangsaan ketika ditanya mengakui Nur Izyan yang
mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di sini, kurang meminati bola sepak,
namun tetap mengharapkan perkahwinan itu akan memberi semangat untuknya
meneruskan karier sebagai pemain bola sepak.
"Walaupun isteri tidak
meminati bola sepak, saya bersyukur dia sangat memahami memandangkan saya
sentiasa sibuk dan mempunyai jadual tidak menentu. "Dia juga seorang yang
sangat menghormati saya dan keluarga selain seorang yang peramah," katanya
yang kini sibuk menjalani latihan bagi perlawanan Piala Malaysia, selain
kelayakan Piala Dunia bertemu UAE Selasa ini.
Menceritakan bibit percintaan
mereka, Baddrol berkata mereka mula berkenalan lapan tahun lalu selepas
masing-masing dikenalkan seorang kenalan rapat mereka dalam satu majlis makan
makan. Katanya, majlis persandingan akan diadakan hari ini di kediaman isterinya,
manakala kenduri di sebelah pihak lelaki akan diadakan pada 22 November di
Taman Desa Indah, di sini.
Sementara itu, Nur Izyan ketika
ditanya mengakui personaliti Baddrol yang tenang membuatkannya sentiasa
menyenanginya kehadiran pemain bola sepak itu. "Sepanjang perkenalan kami,
saya tidak pernah nampak dia menunjukkan situasi dia sedang berada dalam
keadaan tertekan...mungkin sebab dia seorang pemain bola sepak, sebab itu dia
sentiasa tenang dalam apa jua keadaan. "Biar pun saya bukan peminat bola sepak,
saya akan cuba menyelami dan menjadi peminat nombor satu Baddrol selepas
ini," katanya.
SUMBER :
http://www.bharian.com.my/node/96760
No comments:
Post a Comment