Masyarakat
Melayu tradisional di Melaka melakukan pelbagai aktiviti ekonomi sebelum abad
ke15M. Pada peringkat awal, mereka bertani, menangkap ikan, menternak binatang
dan memburu untuk keperluan sendiri. Keadaan ini mengalami perubahan apabila
aktiviti ekonomi perdagangan mula bertapak di Melaka.
Fasal
20 Undang-Undang Melaka membuktikan aktiviti pertanian dijalankan
di Melaka melalui aktiviti perhumaan, bendang, sawah dan ladang. Penanaman padi
bermula dengan kemasukan orang Minangkabau. Ekoran tidak mampu menampung
keperluan penduduknya yang ramai, Melaka terpaksa mengimport beras dari Siam,
Palembang dan Jawa. Selain itu, orang Melaka jugabersawah dan berdusun.
Tom Pires pernah menyatakan Sultan Iskandar bersama pengikutnya telah menebas
hutan untuk menanam pokok dan membuat dusun tebu, pisang dan nenas.
Masyarakat
Melaka juga menjalankan aktivitimenangkap ikan dan hasil laut. Ikan
merupakan sumber protein yang penting. Sultan Iskandar Syah sendiri pernah
menjadi nelayan ketika di Muar. Orang Laut menjalankan aktiviti ini sebelum
pemerintahan Parameswara lagi. Antara peralatan yang digunakan ialah perahu
daripada kayu bulat yang ditebuk.
Bagi
menampung kehidupan seharian juga, masyarakat Melaka menjalankan kegiatan berburu yang
diwarisi termasuklah golongan Raja-Raja Melaka. Rakyat biasa yang tidak
berdagang akan memburu binatang untuk menambah sumber pendapatan.
Kegiatan perdagangan merupakan
aktiviti ekonomi yang diwarisi sejak zaman awal Kerajaan Melayu Langkasuka dan
Srivijaya. Aktiviti ini dijalankan secara kecil-kecilan dan besar-besaran.
Perdagangan kecil-kecilan merujuk kepada rakyat biasa yang berjaja di pasar
atau menggunakan perahu kecil. Golongan pembesar pula menjalankan kegiatan
perdagangan melalui wakilnya iaitu kiwi. Perdagangan besar-besaran melibatkan
urusan jual beli dengan pedagang luar.
Aktiviti
seterusnya yang dijalankan masyarakat Melaka ialah menternak binatang
seperti kerbau, lembu, kambing, ayam dan itik. Bendahara Seri Maharaja Melaka
dikatakan pernah menternak binatang seperti kerbau.
Kegiatan mengumpul
hasil hutan memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat
Melaka ketika itu kerana mereka amat bergantung kepada persekitaran seperti
sungai, hutan dan tanah pertanian. Antara hasil hutan yang dikumpul ialah
rotan, damar dan getah jelutung. Kebetulan, hasil hutan ini mendapat permintaan
yang tinggi daripada pedagang luar.
Aktiviti pertukangan kayu,
besi dan kraf tangan juga dijalankan masyarakat ini. Pertukangan kayu
melibatkan pembinaan rumah, istana dan perahu. Mereka juga membuat senjata
daripada besi. Antara barang kraf tangan yang dihasilkan ialah bubu. Tikar
mengkuang diperbuat daripada rotan, buluh dan kayu.
Kehidupan
masyarakat Melayu tradisional sama seperti masyarakat awal di tempat lain iaitu
amat bergantung kepada persekitaran seperti sungai, hutan dan tanah. Mereka
telah mengeksploitasi sumber persekitaran ini untuk menampung keperluan
seharian mereka.
No comments:
Post a Comment