Ad

Thursday 8 January 2015

Lang Merah 
tetap mahu Gary



KFA sabar menunggu keputusan FAM
SUFIAN HADI MOHD. SOJAK  |  09 Januari 2015 12:43 AM
 Gary STEVEN ROBBAT (kanan) mendapati hajatnya untuk beraksi buat
GARY STEVEN ROBBAT (kanan) mendapati hajatnya untuk beraksi buat JDT musim ini tidak mudah kerana terus mendapat tentangan daripada Kedah, selain turut diburu Pahang.

KUALA LUMPUR - "Kalau pemain macam Gary (Steven Robbat) siapa tak nak? Saya yakin Kedah pun mahukan dia".

Itu reaksi Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Othman Aziz ketika ditanya apakah mereka tetap mahu mendapatkan khidmat pemain tengah Harimau Malaya itu biarpun dia secara terbuka memilih untuk menyertai juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini.

Malah, kedudukan Gary, 23, juga masih tergantung kerana turut menjadi rebutan juara Piala Malaysia, Pahang yang mendakwa sudah mendapat tanda tangan pemain itu terlebih dulu sebelum dia memilih untuk ke selatan tanah air.

Bagaimanapun kata Othman, apa pun keputusan yang bakal diambil KFA bergantung kepada hasil mesyuarat khas yang akan diadakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 16 Januari ini.
Advertisement

“Saya difahamkan, Gary memang tak mahu balik Kedah, tetapi dia kena ikut peraturan berkhidmat di Kedah dulu atau melaporkan diri kepada pengurusan KFA.

“Namun, dia tidak mengadakan sebarang pertemuan dengan kami, sebaliknya terus pergi ke pasukan Pahang dan JDT. Jadi, itulah puncanya.

“Dalam peraturan dia kena balik ke negeri asal (Kedah) dan tak boleh bermain untuk mana-mana pasukan selagi tidak mendapat sijil perpindahan daripada kami.

“Apa-apa pun kita tunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Status Pemain FAM untuk kami membuat keputusan seterusnya,” kata Othman kepada Utusan Malaysia.

Gary menimbulkan kontroversi apabila namanya didaftarkan oleh Pahang, Kedah dan JDT sebaik sahaja pendaftaran pemain ditutup, 5 Disember lepas.

Bagaimanapun pemain yang berasal dari Kulim, Kedah itu muncul dalam majlis memperkenalkan pemain JDT bagi musim 2015 pada 29 Disember lalu sehingga menimbulkan tanda tanya.
Advertisement

Ini berikutan syarat FAM yang menetapkan pemain yang dilepaskan oleh Harimau Muda dan berusia melebihi 23 tahun, wajib kembali berkhidmat bersama negeri kelahiran masing- masing sekurang-kurangnya setahun sebelum boleh beraksi bersama pasukan lain.

Dalam masa yang sama, beliau menasihatkan semua pemain Harimau Muda mengambil iktibar daripada kemelut ini supaya tidak mendatangkan kesukaran kepada persatuan bola sepak naungan masing-masing.

“Mereka juga boleh rujuk bekas-bekas pemain yang mungkin pernah melalui perkara yang sama dan lihat bagaimana mereka uruskan,” katanya.
- Sumber: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/lang-merah-8232-tetap-mahu-gary-1.45951#sthash.iUT5yOj2.dpuf

No comments:

Post a Comment