Kuala Krai: "Bangunan
sekolah memang bergegar seperti mahu runtuh ketika itu. Ia sangat menakutkan
apabila dikenang kembali," kata Wan Zainab Wan Ismail, 54, mangsa banjir
yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Manek Urai, di sini.
Ketika ditemui kelmarin, Wan
Zainab masih menghuni pusat berkenaan berikutan rumahnya di Kampung Manek Urai
Lama tidak boleh diduduki lagi.
Menurutnya, kejadian mengerikan
itu berlaku berkali-kali bermula 23 Disember menyebabkan dia trauma dan sukar
tidur malam.
"Ia seperti menghantui
saya. Bayangkan kami sedang berehat di aras bawah sekolah, tiba-tiba air naik
mendadak secara tiba-tiba dalam tempoh tidak sampai setengah jam."Kami
semua lari bertempiaran ke tingkat satu untuk menyelamatkan diri apatah lagi
malam itu hujan lebat.Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.Artikel
ini disiarkan pada : Jumaat, 2 January 2015 @ 5:15 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/20889#sthash.HvAcPJF6.dpuf
No comments:
Post a Comment