WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Januari 2015
Ular tedung selar ini berjaya
ditangkap selepas setengah jam. Ular tedung selar ini berjaya ditangkap selepas
setengah jam.
TELUK KUMBAR - Hampir setengah
jam kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Barat Daya terpaksa bergelut
dengan raja ular yang ditemui tersangkut di pukat seorang nelayan di Sungau
Batu, dekat sini.
Ketua Daerahnya, Zunaidin
Abdullah berkata, ular dikenali dengan nama King Cobra itu terpaksa ditangkap
lebih daripada tiga kakitangan.
Menurutnya, itu kali pertama
JPA Daerah Barat Daya menjumpai ular yang turut dikenali sebagai tedung selar
sepanjang empat meter.
“Sebelum ini kami hanya temui
ular sepanjang satu hingga ke dua meter sahaja, tetapi kali ini mungkin boleh
dianggap terpanjang.
“Lama juga kami hendak
menjinakkan ular tersebut kerana ia agak agresif,” katanya kepada Sinar Harian.
Zunaidin berkata, biasanya ular
sebegini selalu ditemui di kawasan lain seperti Relau dan Balik Pulau.
"Sehingga kini, ular
tedung selar berkenaan disimpan oleh JPA dan akan diserahkan kepada Jabatan
Hidupan Liar Taman Negara dalam masa terdekat," katanya.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
28.1.2015
No comments:
Post a Comment