Surabaya: “Saya gembira kerana
CEO AirAsia (Tan Sri Tony Fernandes) sudi datang ke rumah dan menzahirkan
keprihatinan beliau terhadap apa yang berlaku,” kata Widiya Sukati Putri,
isteri kepada juruterbang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Kapten Iriyanto.
Menurut laporan berita
Surabayanews.co.id, Widiya turut merancang mengikuti Badan Mencari dan
Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia dalam operasi pencarian.
Widiya yang ditemui di
kediamannya berkata, dia sedikit lega dan sudah menerima ketentuan takdir
apabila beberapa serpihan pesawat itu sudah ditemui.
“Saya masih berharap suami
dapat ditemui dengan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.
Iriyanto disifatkan sebagai
juruterbang berpengalaman dan sudah banyak mengendalikan pesawat komersial dan
tempur seperti F-16, malah menjadi juruterbang Adam Air.
Sementara itu, BASARNAS
menggesa masyarakat supaya tidak menyebarkan gambar mayat nahas melalui media
sosial.
Timbalan Operasi BASARNAS,
Mejar Jeneral Tentera Nasional Indonesia (TNI) Tatang Zaenuddin berkata, sejak
penemuan beberapa jasad, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan foto
menggunakan media sosial.
“Seharusnya mereka peka dan
prihatin dengan perasaan keluarga mangsa. Berilah ruang kepada keluarga
mangsa,” katanya.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/20676#sthash.6RqjtgBP.dpuf
No comments:
Post a Comment