Ad

Sunday, 25 January 2015

Pemergian Mohammad Azlan sukar dicari ganti

24 Januari 2015
Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengusung jenazah atlet paralimpik Mohammad Azlan Mat Lazim ke dalam van jenazah di bilik mayat Hospital Serdang bagi di bawa ke Kemaman, Terengganu untuk dikebumikan malam ini. - Foto Bernama
Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengusung jenazah atlet paralimpik Mohammad Azlan Mat Lazim ke dalam van jenazah di bilik mayat Hospital Serdang bagi di bawa ke Kemaman, Terengganu untuk dikebumikan malam ini. - Foto Bernama Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengusung jenazah atlet paralimpik Mohammad Azlan Mat Lazim ke dalam van jenazah di bilik mayat Hospital Serdang bagi di bawa ke Kemaman, Terengganu untuk dikebumikan malam ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pemergian atlet paralimpik negara, Mohammad Azlan Mat Lazim yang maut dalam kemalangan jalan raya di Serdang Raya dekat sini hari ini, disifatkan beberapa rakan sepelatih sebagai sukar dicari ganti.
  
Atlet rejam lembing paralimpik, Faridul Masri, 34, berkata beliau menganggap Allahyarham sebagai adik sendiri kerana sentiasa bersamanya terutama ketika menjalani latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil.
  
Beliau mengenali Allahyarham sejak 2012 ketika terpilih menyertai Program Paralimpik MSN.
  
"Walaupun dia seperti seorang yang spastik, Azlan peramah dengan semua orang ... kami baru selesai menjalani latihan pagi tadi dan tidak menyangka arwah terlibat dengan kemalangan jaya raya," katanya ketika ditemui pemberita di Rumah Mayat Hospital Serdang.
  
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan Penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah turut menziarahi jenazah Allahyarham. 
  
Berkongsi pandangan sama ialah atlet lontar peluru paralimpik negara, Addevih Majuvin, 33, yang berkata Allahyarham seorang individu yang tebal dengan sifat setiakawan dan sentiasa membantu rakan dalam kesusahan.
  
Anak jati Sabah yang menyertai Program Paralimpik MSN pada 2011 berkata: "Bila dia (Mohammad Azlan) sudah tiada, saya berasa agak sunyi kerana boleh dikatakan kami agak rapat terutama apabila turun berlatih sekali.
  
"Paling saya tidak boleh lupakan adalah kejayaan cemerlang Allahyarham meraih tiga pingat emas pada Sukan Para Asia 2014 di Korea Selatan," katanya yang turut beraksi dalam acara lempar cakera.
  
Mohammad Azlan, 24, terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya bersama atlet lompat jauh paralimpik Farisan Jasna, 25, dilaporkan dilanggar sebuah van yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun.
  
Kejadian kira-kira 1.45 tengah hari itu menyaksikan Mohammad Azlan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Farisan mengalami keretakan di tangan kanan dan kini dirawat di Hospital Serdang. – Bernama

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 24.1.15

No comments:

Post a Comment