Ad

Saturday 17 January 2015

Mangsa banjir di Perak dan Kelantan kekal

18/01/2015 10:02am

KUALA LUMPUR - Tiada perubahan bilangan mangsa banjir di Perak dan Kelantan pagi ini berbanding malam tadi.

Jumlah mangsa banjir di Perak kekal 579 orang manakala di Kelantan 520 mangsa setakat pukul 9 pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata, jumlah mangsa di Perak Tengah 438 orang manakala di Hilir Perak (107) dan di Hulu Perak (34).

Jurucakap MKN Kelantan berkata, masih terdapat 490 mangsa di Kuala Krai dan 30 mangsa di Machang.

Tambahnya, walaupun banjir semakin pulih, mangsa masih berada di pusat pemindahan kerana rumah mereka musnah akibat banjir bulan lepas dan kerajaan sedang berusaha menyediakan kediaman sementara untuk mereka. - Bernama

Sumber-Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0118&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_01.htm#ixzz3P8dLA1iN Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment