Ad

Wednesday 28 January 2015

SEJARAH FELDA ULU JEMPOL

.OLEH- AHMAD BIN YAAKOB.


Tanah Rancangan FELDA  Ulu  Jempol  terletak  dalam  daerah   Maran  dan jaraknya 70 kilometer dari Bandar Kuantan .Tanah rancangan ini telah dimajukan dengan tanaman kelapa sawit secara berperingkat bermula pada tahun 1963. Peringkat  Pertama bermula pada tahun 1963 Peringkat Kedua pada tahun 1964, Peringkat Ketiga pada tahun 1965, Peringkat Keempat pada tahun1965 dan Peringkat kelima seluas 464.90 hektar yang telah dimajukan pada tahun 1968. Seramai 569 keluarga Melayu telah ditempatkan di tanah rancangan ini bermula pada bulan November tahun1965.[1]

      Menurut Encik Othman Abdullah, Pengerusi Jawatan Kuasa Masjid Felda Ulu Jempol, pada peringkat awal Felda ini dikenali dengan nama Felda Bukit Tebuk. Nama ini diberikan kerana ketika itu pada tahun 1960-an hanya Felda Ulu Jempol sahaja yang ada di kawasan berhampiran Bandar Tun Razak Jengka. Kawasan sekitar Felda Ulu Jempol masih diliputi hutan tebal. Felda yang berhampiran seperti Felda Jengka 2, Felda Jengka 3, Felda Jengka 4 Felda Jengka 5, Jengka 6 dan Jengka 7 hanya dibuka pada awal tahun 1970-an.[2]




[1]Nordin Hussin, “ Jengka 1966”, (Federal Land Development Authority FELDA, Kuala Lumpur 2001),43
[2] Temuramah dengan Encik Othman Abdullah pada 12 Mac 2014.

No comments:

Post a Comment