Ad

Friday 2 January 2015

Karathu tuntut komitmen pemain



SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
1 Januari 2015
 Karathu (duduk, dua kiri) menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih Perak musim 2015, semalam.
    Karathu (duduk, dua kiri) menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih Perak musim 2015, semalam.         
“BIARPUN tanpa pemain berstatus bintang, komitmen tinggi dituntut daripada setiap pemain dalam usaha menjamin kejayaan pasukan,” Itu reaksi ketua jurulatih skuad Liga Super Perak, Datuk M Karathu mengulas perancangannya mengemudi The Bos Gaurus mengharungi  saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2015, lapor SHAHRIZAL AHMAD ZAINI.

Jelasnya, perkara berkenaan dilihat begitu penting dalam usaha membentuk semula skuad Kejor Yeop Skor itu, khususnya dengan menyusun dan meletakkan semula pemain yang bersesuaian di setiap posisi dengan betul.

 “Kita dalam usaha membentuk pasukan dan berdasarkan tiga perlawanan persahabatan saya masih belum berpuas hati  dengan komitmen dan prestasi pemain.

“Pemain import contohnya, perlu membuktikan mereka lebih bagus daripada pemain tempatan, sementara itu pemain muda pula perlu menunjukkan komitmen dan sentiasa bekerja keras merebut tempat dalam kesebelasan utama nanti.

“Saya akan hantar laporan serta penilaian pasukan kepada pihak pengurusan pasukan dari semasa ke semasa nanti,” katanya pada majlis menamakan barisan pengurusan serta kejurulatihan skuad Liga Malaysia (Liga M) Perak musim 2015 di Pejabat Pafa, semalam.

Sementara itu, Karathu berkata, pihaknya menyasarkan untuk membina semula skuad Seladang itu hasil gabungan pemain muda, pemain sedia ada, pemain baru termasuk pemain import dalam usaha menjamin kejayaan pasukan musim depan.

“Bola sepak moden memerlukan 10 pemain pertahanan. Oleh itu, saya mahu membentuk pasukan di mana semua pemain boleh bertahan dan menyerang.

“Oleh itu, semua pemain perlu berusaha keras terutamanya pada sesi latihan untuk disenaraikan dalam kesebelasan utama nanti,” katanya lagi.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 1.1.15

No comments:

Post a Comment