ISNIN, 19 JANUARI 2015 @ 7:17
PM
KOTA BHARU: Selepas dilanda
banjir besar bulan lepas, jajahan Kuala Krai hari ini mencatat suhu kedua
paling sejuk di negara ini selepas Cameron Highlands.
Menurut laman sesawang Jabatan
Meteorologi, http://www.met.gov.my, Kuala Krai mencatat suhu minimum 19.4
darjah celsius dan maksimum 30.5 darjah celsius.
Suhu terendah jajahan itu kali
pertama pada Januari tahun lepas.
Suhu di Cameron Highlands hari
ini pula minimum 12.5 darjah celsius manakala maksimum 22.8 darjah celsius,
menurut laman sesawang itu.
Jabatan Meteorologi dalam
kenyataannya tidak menolak kemungkinan fenomena cuaca sejuk yang pernah berlaku
pada tahun lepas boleh berulang.
"Udara sejuk dari
pergunungan Himalaya dan Siberia ketika musim sejuk di Hemisfera Utara
merupakan penyebab utama kejadian suhu sejuk ekstrem berlaku di utara dan
pantai timur Semenanjung pada Januari tahun lepas.
"Kehadiran udara sejuk
yang mendap menyebabkan keadaan kurang pembentukan awan, berikutan ini suhu
lebih sejuk pada waktu malam sehingga mencatat suhu serendah 17.2 darjah
celsius seperti berlaku tahun lepas di Kuala Krai," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut
bagaimanapun fenomena berskala global seperti ini sukar diramal memandangkan
banyak faktor lain yang mempengaruhi fenomena suhu sejuk ekstrem ini.
Orang ramai boleh mendapatkan
maklumat cuaca terkini melalui talian hotline 1-300-22-1638, laman web jabatan
www.met.gov.my dan laman sosial MetMalaysia di facebook
https://www.facebook.com/malaysiamet atau
twitterhttps://twitter.com/malaysiamet. - BERNAMA -SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE
19.1.2015
No comments:
Post a Comment