ISNIN, 19 JANUARI 2015 @ 7:40
PM
Liga Hoki Dunia: Malaysia
belasah Oman 7-0
SINGAPURA: Skuad Malaysia
tunjuk belang apabila membelasah Oman 7-0 dalam perlawanan pusingan kedua, Liga
Hoki Dunia di Stadium Hoki Sengkang di sini, sebentar tadi.
Gol pasukan negara adalah
sumbangan Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ketujuh, Faizal Saari (m17,
38), Marhan Abdul Jalil (m22, 27), Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (m44) dan
Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (m46).
Kemenangan kedua berturut-turut
ini membantu anak didik Tai Beng Hai untuk terus menerajui Kumpulan A berbekal
enam mata.
Dalam perlawanan pertama, Sabtu
lalu, pasukan negara menewaskan Ukraine 5-1.
Terdahulu, Ukraine kembali
bernafas lega selepas berhempas pulas menewaskan tuan rumah, Singapura 2-1
dalam saingan kumpulan sama.
Gol Ukraine dijaringkan oleh
Oleksandr Diachenko pada minit ke-44 dan Viacheslav Paziuk (m-56) manakala gol
Singapura menerusi Muhammad Haseef Salim (m-46).
Ukraine dan Oman masing-masing
mengutip tiga mata tetapi Ukraine mengatasi mereka atas perbezaan jaringan.
SUMBER-BERITA HARIAN
ONLINE 19.1.2015
No comments:
Post a Comment