Oleh Abd Rahman
Adam
abdulrahman@hmetro.com.my
Bintulu: Dia bukan saja
terpaksa menahan lapar selama tiga hari, malah turut menderita kesejukan
terperangkap dalam hutan akibat hujan lebat dan banjir selepas dilaporkan hilang
ketika memancing bersama rakan di Sungai Segan, di sini, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, mangsa Christina
Senie David, 14, dari rumah panjang Nyaing, di sini, menyelamatkan diri apabila
terdengar bunyi bot melalui kawasan sungai berkenaan sebelum mempertaruhkan
nyawa berenang untuk mendapatkan bantuan.
Secara kebetulan, bot itu pula
dinaiki anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Bintulu yang dalam misi
menghantar bekalan makanan dan keperluan mangsa banjir di Rumah Panjang Giri,
di sini.
Sumber berkata, ketika
diselamatkan pasukan bomba kira-kira jam 9 pagi, mangsa dalam keadaan lemah
akibat kelaparan, selain menggigil kesejukan.
Menurutnya, Christina
dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ketika memancing bersama tiga rakannya
menaiki perahu di sungai itu, namun mereka terpisah akibat hujan lebat dan air
pasang besar ketika turun ke kawasan hutan berhampiran.
Dapatkan akhbar Harian Metro
untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada :
Rabu, 28 January 2015 @ 6:05 AM
LOKASI mangsa diselamatkan
ketika berenang di Sungai Segan.
- sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/26787#sthash.mPYBXRZn.dpuf
No comments:
Post a Comment