Oleh Abnor Hamizam Abd Manap
Jempol: Yayasan FELDA meminta
orang ramai yang memiliki cetakan pertama al-Quran terjemahan dwibahasa
terbitan agensi itu agar memulangkan semula bagi diganti dengan naskah baru
berikutan terdapat kesilapan pada ayat lapan Surah Yusuf dan pada surah al-An'am
ayat 116 dan 117.
Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd
Isa Abdul Samad berkata, kesilapan tidak disengajakan itu berlaku hanya pada
cetakan pertama membabitkan ayat lapan Surah Yusuf dan pada ayat 116 dan 117
Surah al-An'am.
Ia sudah diperbetulkan pada
cetakan kedua naskah Mushaf Al-Mukminin Al-Quran Al-Karim Terjemahan Dwi Bahasa
Melayu & Inggeris Rasm Uthmani itu, katanya.
Katanya, orang ramai yang
memiliki cetakan pertama al-Quran berkenaan boleh memulangkan semula kepada
Yayasan FELDA atau pejabat FELDA berhampiran untuk diganti dengan yang baru.
"Kita juga sudah membuat
pengumuman pada awal cetakan edisi pertama supaya memaklumkan kepada kita jika
ada kesalahan ayat atau terjemahan maksud sehinggalah isu ini
ditimbulkan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Isa berkata, FELDA memohon
maaf atas kesilapan itu dan tidak sama sekali berniat mahu menyinggung perasaan
umat Islam di negara ini.
Beliau mengulas mengenai
teguran pembaca al-Quran berkenaan yang mengesan kesalahan pada ayat lapan
Surah Yusuf dan pada surah al-Anâam ayat 116 dan .
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat,
2 January 2015 @ 4:12 PM
YAYASAN Felda meminta orang
ramai yang memiliki cetakan pertama agar memulangkan semula bagi diganti dengan
naskah baru. FOTO Iqmal Haqim Rosman
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/21040#sthash.blF3tk4A.dpuf
No comments:
Post a Comment