Oleh Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kemelut perebutan
membabitkan Muhammad Ferris Daniel Mat Nasir semakin kusut dan dijangka
berpanjangan apabila FELDA United tidak berhasrat membatalkan kontrak pemain
berkenaan seperti diingini Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Tan Sri
Annuar Musa.
Timbalan Presiden FELDA United
Datuk Mohd Isa Abu Kassim berkata, pihak pengurusan kelab berkenaan sudah
mengadakan perbincangan malam tadi dan mencapai ketetapan berhubung kedudukan
pemain berkenaan.
“Pihak pengurusan FELDA United
berbincang dan bersetuju sebulat suara sama sekali tidak akan membatalkan
kontrak Ferris Daniel,” katanya.
Tegasnya, bekas pemain Harimau
Muda berkenaan akan tetap beraksi dengan FELDA United musim ini.
Annuar menerusi laporan media
semalam berkata, kaedah terbaik untuk Ferris Danial adalah membatalkan kontrak
dan pemain yang dilahirkan menerusi produk Piala Presiden Kelantan itu kembali
bersama pasukan negeri itu terlebih dulu.
Penyerang berusia 22 tahun
berkenaan beraksi bersama Harimau Muda sejak 2010 dengan Annuar berkata, pemain
berkenaan juga berhak untuk menentukan hala tujunya bersama pasukan lain jika
kedua-dua pihak berjaya mencapai persetujuan bersama.
Ia termasuklah kemungkinan
meminjamkan pemain berkenaan.
Ferris Daniel sejak
menandatangani kontrak bersama FELDA United sudah menyertai latihan dan aksi
pra-musim di luar negara bersama skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim selain
turut meledak jaringan untuk The Fighters.
Artikel ini disiarkan pada :
Sabtu, 24 January 2015 @ 5:27 AM
KHIDMAT Ferris Daniel (kanan)
ditagih Kelantan.
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/25982#sthash.llCq6CF6.dpuf
Sumber-Harian Metro24.1.2015
No comments:
Post a Comment