Oleh Rizar Mohd Noorrizar@hmetro.com.my
Johor Bahru: Kecederaan Safiq
Rahim tidak menjejaskan perancangan pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT)
Bojan Hodak (gambar) yang kini membuat persiapan rapi bagi memulakan kempen
Liga Super, hujung bulan ini.
Hodak yang ditemui Arena Metro,
di Padang Seri Gelam, semalam berkata, Safiq yang tidak diturunkan pada empat
aksi persahabatan pramusim di Australia, baru-baru ini, sekadar menjalani
latihan ringan dan akan mendapat rawatan susulan, hari ini.
Beliau berkata, tindakannya
tidak menurunkan pemain tengah skuad Harimau Selatan itu sebagai langkah
berjaga-jaga bagi mengelak kecederaan lebih serius ketika saingan liga
menyingkap tirai tiga minggu lagi.
“Saya tidak mahu ambil risiko
menyenaraikan Safiq pada aksi persahabatan di Australia. Saya mahu pemain itu
cergas sepenuhnya untuk berada dalam kesebelasan utama Johor DT.
“Sepanjang aksi persahabatan di
Australia, saya sudah kenal pasti 13 pemain yang mampu beraksi dalam skuad
utama. Tapi saya tetap beri peluang kepada pemain lain untuk bekerja keras bagi
merebut tempat.
“Walaupun kami gagal menang
selepas tewas dua dan seri dua perlawanan, saya puas hati dengan pemain
diturunkan selepas mereka beraksi dengan konsisten,” katanya
Dapatkan akhbar Harian Metro
untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada :
Selasa, 13 January 2015 @ 6:21 AM
- Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/23481#sthash.uARd2joz.dpuf
No comments:
Post a Comment