Wartawan Sinar Harian
16 Januari 2015
KHABARNYA ada sebuah gerai
menjual roti canai di Kedah sudah popular kerana penebar roti canainya adalah
seorang gadis Itali.
Gadis cantik tersebut bernama
Chantal Viola dan berasal dari Rome. Chantal merupakan seorang pelajar yang
sedang mengikuti program pertukaran pelajar ke Malaysia.
Apa yang menariknya, Chantal
memilih untuk memakai tudung ketika membantu jirannya berniaga di gerai
tersebut.
Di mana lokasi gerai ini, kami
pun tak tahu.
Apa yang pasti, foto-foto
Chantal sudah viral di laman sosial dan ramai yang tak sabar menikmati roti
canai dari air tangan gadis Itali yang sedang mendalami Bahasa Melayu ini.
Sumber-sinar Harian online 17.1.15
No comments:
Post a Comment