DR BAHRAIN SAMAH
25 Januari 2015
Gaya hidup dan makanan
pengaruhi kesihatan arteri jantung. Gaya hidup dan makanan pengaruhi kesihatan
arteri jantung.
PANDANGAN konvensional terhadap
punca utama penyakit jantung tertumpu kepada empat arterikoronari yang
mengalami penyempitan berterusan.
Timbunan plak yang dikaitkan
dengan pengambilan makanan berlemak secara berlebihan, berlemak tepu atau
berkolesterol pula dikatakan sebagai punca arteri menjadi sempit.
Teori tersebut merupakan teori
asal pembentukan plak atherosclerosis dan masih digunakan ramai doktor hingga
sekarang.
Beberapa dekad kemudian timbul
pula teori yang menyatakan lemak atau kolesterol hanya akan berkumpul dalam
lumen arteri jantung jika berlaku inflamasi atau keradangan.
Di sini penulis bawakan contoh
yang ditulis pakar bedah jantung, Dr Dwight Lundell dengan artikel di internet
berjudul ‘Heart Surgeon speaks out on what really causes heart disease.’
Penulis bersetuju dengan Dr
Lindell terutama berkaitan punca pembentukan plak athereskelrosis hari ini
berpunca daripada makanan rendah lemak dan tinggi karbohidrat.
Namun daripada segi mekanisme
pembentukan dan komponen plak pula, penulis mempunyai pandangan berbeza.
Dr Lundell yang berpengalaman
sebagai pakar bedah jantung selama 25 tahun dan telah menjalankan 5,000
pembedahan jantung (open heart surgery) mengaku, teori makanan berkolesterol
sebagai punca timbunan plak berlaku pada lumen arteri jantung tidak boleh
diterima secara bulat-bulat.
Ubah pandangan
Dr Lindell mengaku cuba untuk
membaiki fakta perubatan dan sains yang selama ini diterima dan dianutinya
sebagai benar. Sebagai penggubal pendapat (opinion maker) yang sering disogok dengan
pelbagai kajian sains dan seminar, beliau percaya paras kolesterol tinggi
adalah punca kepada penyakit jantung.
Jadi, rawatan sejagat yang
paling mujarab bagi mengawal paras kolesterol ialah mempreskripsikan
ubat-ubatan yang berfungsi menurunkan paras kolesterol.
Ia disertai dengan cadangan
pengamalan diet yang mengandungi paras lemak yang amat rendah. Beliau percaya
mengehadkan diet berlemak dapat menurunkan paras kolesterol dan seterusnya
kadar penyakit jantung.
Menurutnya lagi, sesiapa yang
mencadangkan sesuatu selain daripada cadangan sejagat ini biasanya akan dicap
sebagai tidak menjalankan tugas dengan sempurna!
Beliau percaya keradangan dan
kecederaan yang berlaku kepada saluran darah adalah berpunca daripada makanan
rendah lemak yang dicadangkan oleh golongan perubatan moden.
Beliau menerangkan keradangan
kronik berlaku kepada tubuh apabila tubuh tercedera akibat pendedahan kepada
makanan (tambahan penulis: makanan terproses) dan bahan bertoksik yang tidak boleh
diproses oleh tubuh.
Merokok adalah antara punca
bahan yang menyebabkan keradangan kronik.
Apakah punca bahan-bahan
bersifat keradangan yang terdapat dalam makanan rendah lemak yang dimaksudkan
oleh Dr Lundell? Beliau percaya ramai orang terdedah kepada makanan yang tinggi
dengan karbohidrat terproses dan pengambilan minyak sayuran omega-6 secara berlebihan.
Karbohidrat terproses secara
keterlaluan yang dimaksudkan beliau ialah gula, tepung ceruh dan semua produk
terhasil daripada kedua-duanya. Minyak sayuran seperti jagung, bunga matahari
dan kacang soya pula ialah lemak kategori omega-6 yang biasa digunakan dalam masakan dan terdapat
dalam pelbagai makanan terproses.
Pada bahagian akhir artikel
beliau menyarankan pengamalan diet yang diamalkan oleh nenek moyang serta
mengelakkan makanan terproses. Harapan beliau ialah makanan nenek moyang
termasuk makanan segar adalah bersifat anti keradangan.
Beliau juga percaya ia dapat
membantu memulihkan kerosakan yang berlaku di seluruh tubuh akibat mengambil
diet Amerika (yang kaya dengan makanan terproses, bergula tinggi dan minyak
omega-6) yang telah diambil selama bertahun-tahun.
Penulis bersetuju dengan
pandangan beliau mengenai keradangan adalah punca kepada kerosakanarteri. Namun
seperti yang penulis sampaikan dalam tulisan-tulisan sebelum ini, penulis
percaya kolesterol dan lemak bukan bahan yang terdapat dalam plak
atherosklerosis.
Penulis percaya keradangan
daripada pelbagai punca termasuk ketidakseimbangan paras superoksida dan nitrik
oksida sebagai sebab pintu/laluan kalsium yang terletak pada membran sel
endothelium.
Kerosakan pintu/laluan Kalsium
menyebabkan lumen arteri jantung membuncit dan ia membentuk seakan-akan plak.
Teori plak atherosklerosis terdiri daripada lipid termasuk kolesterol disangkal
ramai pengkritik.
Mereka berkata, jika ia
benar-benar plak berlemak/berkolesterol maka ia seharusnya dapat dipisahkan dan
membahagi kepada dua bahagian: yang pertama bahagian plak yang tertanggal, yang
kedua permukaan lumen.
Terdapat laporan yang tidak
dapat disahkan menyatakan apabila plak cuba diasingkan, bahan yang tercucuk
ialah lapisan pertama iaitu lapisan dalam dan kedua (yang di tengah) arteri.
Untuk pengetahuan pembaca, arteri terdiri daripada tiga lapisan.
Terdapat dua jenis mekanisme
yang dianuti oleh pakar-pakar kardiovaskular yang dikatakan menyebabkan
serangan jantung (myocardial infarct). Yang pertama ialah serangan jantung
berlaku apabila arteri jantung tersumbat akibat enapan plak atherosklerosis
yang teruk. Yang kedua akibat thrombosis.
Angioplasty (bedah menorah
lipid), memasang stent atau pembedahan pintasan hanya dilakukan apabila
penghidap penyakit jantung berpunca daripada arteri tersumbat didapati
mengalami lebih dari 90 peratus tahap tersumbat. Soalan yang dilontarkan golongan
pengkritik ialah bagaimana mungkin penghidap masih hidup sedangkan 90 peratus
atau lebih lumen arteri telah tersumbat?
Arteri baru
Golongan pengkritik percaya
termasuk Dr Thomas S Cowan percaya yang membantu penghidap terus hidup ialah
kerana terdapat arteri-arteri baru yang tumbuh bagi mengambil alih tugas
pengaliran darah.
Kehadiran arteri baru ini
dikatakan tidak pernah disentuh dan dihebahkan oleh sebarang pakar
kardiovaskular atau doktor daripada golongan perubatan moden.
Ini pula ialah sebuah berita
yang disampaikan oleh seorang doktor kepada Dr Cowan dalam sebuah simposium di
utara California.
Ketika bertugas di sebuah
hospital, beliau terlibat dengan sebuah kajian yang dijalankan ke atas penduduk
kulit hitam dari pedalaman Alabama.
Dalam kajian tersebut mereka
menyuntik pewarna ke dalam arteri koronari pada subjek lelaki yang mengadu
mengalami sakit dada. Pada seseorang yang didapati mengalami hanya sebuah
arteri sahaja yang sempit, tiada sebarang intervensi dilakukan.
Namun mereka mencatat dengan
menjangka bahagian jantung tertentu yang akan mengalami serangan.
Sudah tentu mereka menjangkakan
bahagian yang didapati sempit akan mengalami myocardial infarct (serangan
jantung berpunca daripada kekurangan bekalan darah dan oksigen, bahagian
berkaitan akan mengalami kerosakan).
Namun jangkaan mereka meleset
kerana hanya 10 peratus serangan jantung berlaku pada arteri yang sempit!
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
25.1.15
No comments:
Post a Comment