SUFIAN HADI MOHD. SOJAK | 17
Januari 2015 1:22 AM
Mohd. Faizol Hussain
KUALA LUMPUR - Gara-gara
melarikan diri ke Johor Darul Ta’zim (JDT) II ketika masih ada kontrak dengan
skuad Tok Gajah, Mohd. Faizol Hussein diarah membayar tebus kontrak kepada
bekas majikan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) mengikut gaji bulanannya
sebanyak RM10,000 selama 12 bulan (RM120,000).
Pengerusi Jawatankuasa Status
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pemain
tengah itu telah mengikut segala prosedur yang telah ditetapkan mengikut
Artikel 15 (a); Status dan Pemindahan Pemain berkaitan tebus kontrak.
“Faizol telah menghantar notis
kepada PBNP untuk menebus kontrak. Tetapi malangnya bekas majikannya tidak
memanggil sebagaimana peruntukan dalam peraturan.
“Sepatutnya PBNP kena panggil
pemain itu untuk bincang bagaimana hendak menyelesaikan masalah dan kalau tak
dapat cari jalan penyelesaian barulah di bawa ke Jawatankuasa Status FAM.
“Jadi, ia adalah satu tebus
kontrak mengikut formula yang ada dalam peraturan yang kita gunakan, Faizol
perlu membayar kepada PBNP sebanyak mana gaji yang diterima berdasarkan
perjanjian dan didarab dengan baki kontrak semasa di Pahang.
“Gaji Faizol di Pahang RM10,000
dan jumlah bulan yang dia terikat dengan kontrak pula 12 bulan, jadi dia kena
bayar RM120,000.
“Oleh kerana PBNP sudah
membayar gaji Faizol pada bulan Disember sebanyak RM10,000, dengan bukti yang
telah kami terima, maka dia kena pulang balik menjadi RM130,000,” katanya
selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Status di Wisma FAM, Kelana Jaya
di sini, semalam.
Dalam masa sama, beliau turut
memberi amaran keras kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) kerana
telah menimbulkan kecuaian dalam pendaftaran Faizol yang tidak wajar berlaku
berikutan pemain itu masih terikat kontrak dengan Pahang.
- SUMBER: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/dihukum-kerana-8216-lari-8217-1.48673#sthash.dUZEbzvp.dpuf
No comments:
Post a Comment