Ad

Monday 5 January 2015

Tarikh Rasmi Pembayaran Bonus Kakitangan Awam 2015

Published Wednesday, October 15, 2014 By melvister. Under isu semasa   
 1305  20
Tarikh rasmi pembayaran bonus kakitangan atau penjawat awam pada januari 2015. Menerusi kenyataan rasmi Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa pada 30 Disember 2014, tarikh pembayaran bonus setengah bulan gaji minimum RM500 bersama gaji bulan Januari akan dibayar lebih awal iaitu pada 5 Januari 2015. Bagaimanapun, Jabatan Akauntan Negara pada 4 Januari 2015 telah memaklumkan pembayaran bonus yang sepatutnya dibayar pada 5 januari 2015 terpaksa ditunda kepada tarikh baharu iaitu pada 15 Januari 2015. Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dalam bajet 2015 telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500. Manakala pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.

Sumber: Tarikh Rasmi Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2015 | melvister.com

No comments:

Post a Comment