Ad

Thursday, 1 January 2015

TLDM temui empat mayat, gelongsor kecemasan



Khamis, 1 January 2015 @ 8:26 AM
 
Anak kapal KD Lekir memindahkan mayat yang ditemui di kawasan pencarian Sektor 4 SAR antara Gosong Aling dan Tanjung Puting di Selat Karimata. - Foto ihsan TLDM

Kuala Lumpur: Empat daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Tiga daripada empat mayat itu ditemui oleh kru Kapal Diraja (KD) Pahang dan satu lagi KD Lekir dalam operasi SAR semalam.

KD Lekir menemui mayat itu jam 9 pagi manakala KD Pahang jam 4.30 petang dalam kawasan pencarian Sektor 4 SAR antara Gosong Aling dan Tanjung Puting di Selat Karimata.

Dua setengah jam kemudian, kru KD Lekir menemui satu gelongsor kecemasan pesawat di kawasan perairan sama.

Mayat dikenal pasti

Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, yang dihubungi BH, semalam, berkata mayat lelaki yang ditemui kru KD Lekir dikenal pasti sebagai Kevin Alexander Soetjipto, 20, berdasarkan dokumen pengenalan diri yang ditemui dalam dompet milik mangsa yang sepatutnya menyambut hari lahir hari ini.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 1.1.2015

No comments:

Post a Comment