Sistem pemerintahan Nabi Muhammad SAW (abad ke.7) STPM 2012
Pengenalan
Nabi Muhammad SAW telah meletakkan
batu asas yang cukup kukuh dalam pemerintahan dan pentadbiran negara dengan memberikan
contoh teladan yang baik untuk dijadikan panduan dan ikutan umat manusia.
Nabi Muhammad SAW telah mengasaskan
negara Islam di Madinah berteraskan wahyu yang telah diturunkan olehAllah SWT untuk
menjadi garis panduan mengenai asas-asas pemerintahan bagi seluruh manusia. Al-Quran
menegaskan konsep keadilan dalam pemerintahan Islam kerana keadilan akan melahirkan
kesetiaan rakyat terhadap pemerintah.
Keadilan yang dimaksudkan bukan merujuk
kepada rakyat biasa sahaja, tetapi juga kepada golongan atasan dan pemerintah
supaya berlaku adil dalam semua hal serta dalam semua keadaan bagi mencetuskan
keadilan dan kesejahteraan dalam sesebuah negara.Al-Quran sememangnya tidak
menerangkan secara terperinci tentang prinsip pembentukan negara, namun
al-Quran mengingatkan umatnya supaya bermesyuarat dalam melakukan sebarang
urusan.[1]
Justeru, langkah-langkah yang dilakukan
oleh Nabi Muhammad SAW dan Khulafa' al-Rasyidin merupakan contoh terbaik bagi
umat Islam.Islam mengarahkan umatnya patuh kepada ketua pemerintah (ali al-amr)
supaya tidak berlaku huru-hara dan perpecahan dalam
masyarakat.
Umumnya, langkah-langkah yang diambil
oleh Nabi Muhammad SAW dan para Khulafa' al-Rasyidin boleh dijadikan asas pemerintahan
dan pentadbiran negara yang adil bagi generasi selepas mereka supaya mereka
dapat menghadapi sebarang rintangan dan cabaran yang mendatang.
Sebelum ketibaan Nabi Muhammad SAW ke
Madinah, tidak terdapat sebuah pemerintahan dan pentadbiran yang teratur serta berlandaskan
undang-undang perlembagaan sepertimana yang berlaku pada zaman baginda. Masyarakat
Madinah berpecah sesama mereka, khususnya antara orang Yahudi dengan orang
Arab.Nabi Muhammad SAW telah menegakkan sebuah negara Islam selepas peristiwa
Perjanjian Aqabah atau selepas peristiwa Hijrah ke Madinah. Baginda telah merangka
struktur untuk menegakkan sebuah negara.[2]
No comments:
Post a Comment