19 Disember 2014 1:07 AM
KUALA LUMPUR – Menteri Belia
dan Sukan, Khairy Jamaluddin menggesa semua penyokong dan rakyat Malaysia agar
mempercayai bahawa skuad Harimau Malaya dibimbing Dollah Salleh mempunyai
semangat untuk melakukan sesuatu yang seolah-olah mustahil dalam perlawanan
akhir kedua Piala AFF dengan Thailand, esok.
Beliau turut menyeru 90,000
penyokong yang bakal membanjiri Stadium Nasional, Bukit Jalil nanti selain
seluruh rakyat untuk terus menjadi ‘pemain ke-12’ yang akan membantu skuad
negara mengulangi kejayaan menjuarai kejohanan utama bola sepak Asia Tenggara
itu seperti pada 2010.
Tanpa menyangkal unsur
keajaiban turut diperlukan ‘Shukor Adan dan rakan-rakan’ untuk mengejar
kedudukan ketinggalan 2-0 di Bangkok kelmarin, Khairy menegaskan, skuad negara
masih berpeluang dan cuma kalah pada penghujung permainan.
“Saya percaya kepada semangat
(pasukan). Jangan putus asa dengan pasukan Dollah. Dia sudah buat dua kali,
melakukan yang mustahil – dengan Singapura, beberapa minit lagi kita hendak
terkeluar (peringkat Kumpulan B tetapi menang 3-1).
Advertisement
“Kalau kita tengok (kemudian)
kita kejar Vietnam (yang menang separuh akhir pertama) 2-1, kita (masih) boleh
bangkit (untuk menang 4-2 dan agregat 5-4).
“Kali ini saya mahu semua
90,000 penyokong di Bukit Jalil dan rakyat Malaysia jadi ‘pemain ke-12’ pasukan
kita,” katanya.
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/ayuh-ke-bukit-jalil-8211-khairy-1.38178#sthash.gawmq8LB.dpuf
No comments:
Post a Comment