Khamis, 25 Disember 2014 @ 6:29
PM
KUALA LUMPUR: Juara dunia dari
China, Chen Long merampas kedudukan sebagai pemain badminton nombor satu dunia
dalam ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Menurut laman web rasmi BWF,
Chen Long mendahului ranking itu bermula semalam (24 Dis), selepas memenangi
gelaran pada Kejohanan Final BWF Super Series pada 21 Disember.
Chen Long menewaskan pemain
Denmark, Hans-Kristian Vittinghus 21-16, 21-10 pada perlawanan akhir yang
berlangsung di Kompleks Sukan Hamdan di Dubai.
Sementara itu, pemain utama negara
Datuk Lee Chong Wei jatuh satu anak tangga di ranking kedua berikutan hukuman
penggantungan sementara terhadapnya yang bermula 11 November lepas, kerana
dengan jelas melanggar peraturan antidoping.
Penggantungan sementara itu
bermakna Chong Wei dilarang untuk sementara daripada menyertai mana-mana
kejohanan sebelum keputusan dibuat oleh Panel Pendengaran Doping BWF.
Badan dunia itu mengenakan
tindakan itu berdasarkan dapatan analisis terperinci terhadap sampel pada
Kejohanan BWF Dunia pada Ogos lepas.
Seorang lagi pemain ternama
China, Lin Dan turut jatuh ke ranking keenam manakala K Srikanth dari India
melonjak dua anak tangga ke ranking keempat dunia.
-- BERNAMA
JUARA dunia dari China, Chen
Long merampas kedudukan sebagai pemain badminton nombor satu dunia dalam
ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF)
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE 25.12.14
No comments:
Post a Comment