Oleh MOHD. HAFIZI AHMAD dan Izwan Mohd Isa
berita@kosmo.com.my
REZAINUDDEN (kiri) menyiram air
mawar ke atas pusara bapanya, Allahyarham Mustapha Maarof di Tanah Perkuburan
Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur petang semalam.
KUALA LUMPUR – Seniman filem
Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79, meninggal dunia semalam selepas dua
minggu mendapatkan rawatan akibat penyakit paru-paru.
Mustapha atau nama sebenarnya
Mustapha Azhari Maarof selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan
Ampang di sini semalam.
Sebelum itu, jenazah
Allahyarham disolatkan di Masjid Amru Ibni Al-Ass, Bandar Baru Sentul pukul 11
pagi dan disemadikan kira-kira pukul 2.15 petang.
Allahyarham menghembuskan nafas
terakhir pada pukul 8.30 pagi setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital
Angkatan Tentera Tuanku Mizan di sini sejak 2 Disember lalu bagi mendapat
rawatan susulan.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3M3drWf6HHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment