Ad

Monday, 29 December 2014

Gergasi merah asah taring



Wartawan Sinar Harian
28 Disember 2014
Andik (tengah) masih kekal bersama Selangor untuk saingan Liga Malaysia 2015.
    Andik (tengah) masih kekal bersama Selangor untuk saingan Liga Malaysia 2015.       

SKUAD Merah Kuning memanfaatkan cuti rehat saingan Liga Malaysia dengan mengasah taring di Indonesia sempena saingan Piala Walikota Padang yang bakal berlangsung pada 4 hingga 8 Januari  2015.

Selangor yang masih dikendalikan Mehmet Durakovic akan menguji kelab terkemuka Liga Super Indonesia, antaranya, PSP Padang, Semen Padang, Persib Bandung dan Persiba Balikpapan.

Difahamkan, wakil dari Borneo, Sarawak turut memeriahkan suasana pertandingan.

Selangor beraksi tempang tanpa khidmat peledak sensasi, Paulo Rangel yang mengambil keputusan berhijrah ke Terengganu.

Bagi kempen musim depan, Durakovic membawa masuk pemain pertahanan, Robert Cornthwaite dan Leandro Dos Santos yang bermain di bahagian tengah pasukan serta mengekalkan pemain kebangsaan Indonesia, Andik Vermansyah.
Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 29.12.14

No comments:

Post a Comment