Ad

Saturday, 20 December 2014

‘Perjuangan terakhir kami’

Kuala Lumpur: ”Esok (hari ini) adalah perjuangan terakhir yang harus diteruskan. Walaupun ketinggalan 2-0, tetapi di depan penyokong sendiri kita harus buktikan sesuatu.”
Demikian harapan kapten Shukor Adan (gambar) menjelang pertemuan final kedua Piala AFF bertemu Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Shukor yang pernah beraksi ketika kali terakhir Malaysia menewaskan Thailand pada saingan peringkat kumpulan edisi 2004 berkata, dia tidak mahu rakan sepasukan mensia-siakan peluang pada baki 90 minit ini.
“Saya harap pemain dapat memberikan komitmen jauh lebih baik daripada yang kita lakukan di Bangkok supaya dapat menjuarai Piala AFF.
“Walaupun hakikatnya ia tugas cukup berat takkan kami nak tewas dengan begitu mudah ke atas Thailand.
“Saya harap kita bersungguh-sungguh demi rakyat Malaysia,” katanya.
Ditanya adakah dia serta rakan sepasukannya sudah mempunyai jawapan untuk mengekang corak permainan pantas Thailand, Shukor percaya ketua jurulatih Dollah Salleh sudah sedia maklmum mengenai perkara itu.
“Kita tahu kekuatan Thailand. Memang mereka mempunyai ciri-ciri istimewa.
“Tapi saya rasa jurulatih sudah memberi serba sedikit nasihat untuk perlawanan final nanti,” katanya.
- Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/17672#sthash.8PTEmHiz.dpuf

No comments:

Post a Comment