Ad

Saturday, 20 December 2014

Piala AFF: Misi buru gol awal sasaran Harimau



PENYOKONG Harimau Malaya bersemangat menjelang perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Bukit Jalil hari ini. - Foto Ghazali Kori

KUALA LUMPUR: Misi skuad Harimau Malaya, malam ini amat jelas - buru gol awal untuk memberi tekanan kepada Thailand dalam impian mereka menamatkan kemarau 12 tahun.

Andai ia dapat dilakukan anak didik Dollah Salleh bererti saingan dalam final kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil akan seimbang dan rancak untuk tontonan.

Namun, harus diingat. Thailand pimpinan Kiatisuk Senamuang bukan akan turun untuk bertahan sahaja malah pasti ada strategi untuk membolosi gawang tuan rumah lebih awal dan mendahului 3-0 secara agregat.

Bagi harimau Malaya, gol awal harus menjadi keutamaan buat membakar semangat pemain untuk mengilhamkan kemenangan ke atas Thailand.

Pasukan Gajah perang itu pula sudah menyalakan impian besar mahu meraih kejuaraan keempat selepas muncul juara pada tiga edisi terdahulu iaitu 1996, 2000 dan 2002.
Ads by BuyNsaveAd Options

PENYOKONG Malaysia meredah hujan ketika tiba di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di antara Malaysia menentang Thailand. - Foto Azhar Ramli

Dollah difahamkan akur gol awal amat penting dalam meningkatkan keyakinan pemain dan menyemarakkan lagi sokongan padu penyokong Harimau Malaya.

"Kami kena bagi yang terbaik, yang penting, kita perlu dapatkan gol awal," katanya.

Sentuhan ajaib pengendali kelahiran Melaka itu sekali itu dituntut pada aksi genting berkenaan selepas taktikal beliau menjadi ketika Malaysia mengalahkan Vietnam dengan keputusan agregat 5-4 pada saingan separuh akhir.

Tambahan, skuad negara harus memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri yang bakal dibanjiri dengan pemain 'ke-12' iaitu hampir lebih 90,000 penyokong termasuk penyokong tegar, Ultras Malaya.

Kali terakhir Malaysia menjuarai kejohanan bola sepak dwitahunan ini ialah pada 2010 ketika di bawah bimbingan bekas jurulatih, Datuk K Rajagobal.

Dalam final timbal balik itu Harimau Malaya menang 4-2 secara agregat ke atas Indonesia.

Thailand pula bakal turun ke gelanggang nanti dengan misi serampang dua mata. Pertama mereka mahu menjulang trofi kejuaraan buat kali keempat dan kedua mengejar habuan berjumlah 20 juta Baht (RM2.115 juta) selain bonus yang ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) bagi menamatkan kemarau 12 tahun.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment