Dollah mahu Malaysia meraih
kemenangan dalam final pertama menentang Thailand pada Piala AFF Suzuki 2014 di
Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.
BANGKOK – Pengendali Harimau
Malaya, Dollah Salleh tidak rela berputih mata menjelang perlawanan akhir
pertama Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini.
Dollah berkata, beliau akan
melakukan apa sahaja bagi memastikan skuad kendaliannya tidak pulang dengan
tangan kosong pada kejohanan berprestij di Asia Tenggara itu.
“Kami datang ke Bangkok dengan
semangat yang tinggi untuk menghadapi perlawanan akhir ini. Kami tidak ada
pilihan lain. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mencatat kemenangan.
“Pemain-pemain juga sudah
bersedia sepenuhnya dan tidak sabar untuk beraksi. Beberapa pemain mengalami
kecederaan tetapi mereka tetap bersemangat untuk beraksi.
“Kami akan melakukan tugas yang
sama seperti mana ketika menewaskan Vietnam tempoh hari,” katanya.
Dollah berkata, kapten dan
pemain pertahanan veteran, Shukor Adan dan Safiq Rahim mengalami kecederaan
tetapi keadaan mereka tidak terlalu membimbangkan.
Katanya, Shukor yang mengalami
kecederaan baru pulang dari hospital untuk melakukan pemeriksaan tetapi doktor
mengesahkan dia boleh beraksi.
“Begitu juga dengan Safiq yang
mengalami kecederaan lutut. Namun, dia tetap akan beraksi untuk menghadapi dua
perlawanan terakhir ini,” katanya.
Dollah memberitahu, kejayaan
menewaskan Vietnam pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi
minggu lalu memberikan petanda yang baik buat anak-anak buahnya.
Selain melayakkan diri ke
final, kemenangan itu turut membuktikan semangat juang yang tinggi dan tidak
mudah berputus asa yang dimiliki anak-anak buahnya.
Sementara itu, penyerang
sensasi Harimau Malaya, Safee Sali mengakui bahawa dia sudah pulih sepenuhnya
daripada kecederaan dan tidak sabar untuk beraksi.
“Thailand tidak pernah kalah
dan masih mengekalkan rekod bersih dalam kejohanan ini. Namun, ia bukan alasan
kami untuk mengaku kalah dengan mudah.
“Kami pernah bertemu di
peringkat kumpulan. Meskipun kami kalah 2-3, ia memberikan pengalaman yang
berguna untuk menghadapi perlawanan ini,” katanya.
sumber
Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz3M7h8BHNUHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment