-21 Disember 2014
Pemain Malaysia selepas tewas pada final
kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil
di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama Pemain
Malaysia selepas tewas pada final kedua Piala AFF Suzuki 2014 Malaysia
menentang Thailand di Stadium Bukit Jalil di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama
KEGAGALAN pemain untuk bertahan
sepanjang 90 minit perlawanan menjadi punca skuad Harimau Malaya gagal meraih
kejuaraan Piala AFF Suzuki 2014 yang melabuhkan tirainya di Stadium Nasional
Bukit Jalil, malam tadi, kata Ketua Jurulatihnya Dollah Salleh.
Thailand kalah 2-3 kepada
Malaysia pada aksi timbal balik di sini namun muncul juara susulan kemenangan
2-0 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Rabu lepas untuk
muncul juara dengan keputusan agregat 4-3.
"Seperti yang saya katakan
sebelum ini, pemain hanya mampu bertahan selama 70 minit dan kemudian hilang
punca sehingga menyebabkan Thailand mengambil kesempatan," katanya kepada
pemberita selepas aksi final kedua, malam tadi.
Dollah menjelaskan, keputusan
mengeluarkan pemain sayap, Indra Putra Mahayuddin dan pemain pertahanan, Mohd
Afif Amiruddin yang memainkan peranan besar pada perlawanan itu ekoran masalah
kecederaan, turut menjadi punca kepada kekalahan itu.
Dalam pada itu, beliau
berpuashati dengan pencapaian yang diraih oleh skuad kebangsaan walaupun hanya
diberi tempoh singkat untuk mempersiapkan pasukan bagi menghadapi kejohanan
bola sepak dwitahunan itu.
"Saya hanya dapat membuat
persediaan lebih kurang sebulan dan kejayaan mengalahkan Thailand merupakan
satu bonus bagi saya. Sekiranya diberi masa yang lebih panjang, saya mampu buat
persediaan lebih rapi," jelas pengendali kelahiran Melaka itu.
Berkongsi pandangan yang sama
adalah penyerang, Mohd Amri Yahyah yang berpuashati dengan kemenangan malam ini
walaupun gagal meraih kejuaraan buat kali kedua selepas 2010 di bawah kendalian
bekas jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.
"Saya bersyukur kita dapat
beraksi di final walaupun persiapan pasukan agak singkat. Semua pemain beri
komitmen tinggi dalam setiap perlawanan," kata pemain kelab Johor Darul
Ta'zim (JDT) itu.
Sementara itu, Ketua Jurulatih
Thailand Kiatisuk Senamuang gembira kerana pasukan Thailand meraih kejohanan
keempat bola sepak Asean selepas tiga edisi Piala Tiger sebelum ini pada tahun
1996, 2000 dan 2002.
Beliau adalah antara pemain
Thailand yang menumpaskan Malaysia pada perlawanan akhir Piala Tiger di
Singapura pada tahun 1996 dan pada malam ini beliau mengecapinya sebagai
seorang jurulatih.
"Saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada peminat dan pemain (untuk kemenangan ini). Sebelum kami datang ke sini, kami membawa
kelebihan dua gol tetapi setelah ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama,
saya berasa kelainan bermain di hadapan lebih daripada 90,000 penyokong.
Semasa rehat, saya memberitahu
pemain saya untuk bangkit kembali dan mereka berjaya. Saya bangga dengan semua
pemain kerana tidak berputus asa, kata Kiatisuk. – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE
21.12.14
No comments:
Post a Comment