Rabu, 17 Disember 2014 @ 4:51
PM
Sultan Pahang, Sultan Ahmad
Shah
KUANTAN: Sultan Pahang, Sultan
Ahmad Shah meminta rakyat supaya sama-sama berdoa supaya skuad Harimau Malaya
akan menang pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium
Rajamangala, Bangkok, Thailand malam ini.
Sultan Ahmad Shah yang juga
Presiden Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) berkata, baginda akan berada di
stadium berkenaan bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama itu.
"Selepas majlis
penyampaian bantuan banjir 2013 ini saya akan terbang ke Bangkok bagi
menyaksikan perlawanan akhir Piala AFF antara pasukan kita dengan Thailand.
"Marilah kita berdoa
mudah-mudahan pasukan kita (Harimau Malaya) menang pada malam ini,
insya-Allah," titah baginda pada Majlis Penyampaian Bantuan Banjir 2013 di
Sekolah Kebangsaan (SK) Bunut Rendang di sini, sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment