1.1
Masyarakat Islam
Nabi Muhammad SAW diutus bagi
menyampaikan risalah kepada seluruh umat manusia tentang ajaran Islam. Baginda
ialah Nabi dan Rasul terakhir.Hal ini bermakna tidak ada nabi dan rasul
selepasnya. Baginda telah berjaya mernbentuk sebuah masyarakat (ummah) dan
negara Islam di Madinah.Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, telah berlaku
suatu perubahan besar dari sudut politik, ekonomi dan sosial umat Islam yang
membawa kepada perkembangan budaya dan masyarakat Islam yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan keturunan. Peristiwa ini telah mencetuskan suatu fenomena
baharu dalam sejarah umat Islam bermula dari era Khulafa' al-Rasyidin hinggalah
kepada era-era selepasnya.[1]
Nabi Muhammad SAW dan Khalifah al-Rasyidin di Semenanjung
Tanah Arab (abad ke-6-7)
2.1 Perkembangan Masyarakat
lslam di Mekah
Aktiviti Dakwah
Antara usaha Nabi Muhammad SAW
untuk membentuk masyarakat Islam di Makkah adalah melalui dakwah.
Langkah-langkah dakwah diambil sama ada secara sulit atau terang-terangan .Secara
sulit, baginda berdakwah kepada keluarga, anak-anak angkat, saudara-mara dan
para sahabat.Baginda menyeru mereka supaya beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya
serta meninggalkan amalan menyembah berhala.Baginda juga menyeru mereka kepada
kebaikan, iaitu ma'ruf dan meninggalkan
kejahatan, iaitu mungkar seperti minum arak,berjudi, berzina, mencuri dan
membunuh.
Dakwah yang dijalankan oleh baginda
adalah secara lemah lembut.Hanya beberapa orang dalam kalangan penduduk Makkah
yang memeluk agama Islam setelah kira-kira tiga tahun dakwah secara sulit
dilakukan.Khadijah binti Khuwailid, Saidina Ali bin Abu Talib, Zaid Harithah,
Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Uthman bin Affan, Zubair al-Awwam, Abdul Rahman
bin Auf, Saad Abu Waqas, Talhah bin Ubaidillah dan al-Arqam bin Abu Arqam.[2]
Peringkat dakwah secara sulit telah
dilakukan secara berhati-hati melalui individu tertentu seperti Abu Bakar
al-Siddiq dan al-Arqam bin Abi al-Arqam yang menghadiahkan rumahnya sebagai
markas untuk menyebarkan agama Islam. Mereka yang memeluk Islam di Makkah
terdiri daripada golongan miskin dan kaya, termasuk Abu Bakar al-Siddiq dan
Uthman bin Affan. Namun begitu, bilangannya terlalu kecil berbanding dengan di
Madinah selepas Hijrah.
Setelah tiga tahun berdakwah secara
sulit, turun wahyu supaya Nabi Muhammad SAW berdakwah secara
terang-terangan.Walau bagaimanapun, sambutan daripada kaum keluarga baginda
agak dingin, terutamanya tentangan oleh ayah saudaranya, Abu Lahab sehingga turun
ayat al-Quran yang mengutuk perbuatan tersebut, iaitu surah al-Lahab, ayat l-5.
Selepas turunnya ayat al-Quran, maka
bermulalah aktiviti dakwah secara terang-terangan. Allah SWT mengarahkan
baginda supaya memberikan peringatan dan amaran kepada kaum keluarga baginda
supaya patuh dan setia kepada orang yang beriman.Namun begitu, Abu Lahab enggan
menurut perintah Allah SWT dan Rasul-Nya serta terus menentang dan memusuhi
baginda dan agama Islam.[3]
TENTANGAN DAN CABARAN
Kaum Quraisy menentang usaha dakwah Nabi
Muhammad SAW dan mencabar baginda supaya menunjukkan mukjizat seperti nabi-nabi
terdahulu. Tujuan mereka semata-mata untuk menghina Nabi Muhammad SAW dan
kerasulan baginda. Kaum Quraisy mula berasa terhina kerana Nabi Muhammad SAW
menyelar agama berhala, iaitu agama nenek moyang mereka.
Mereka meminta agar Abu Talib
menasihati anak saudaranya,tetapi Nabi Muhammad SAW tetap meneruskan seruan
Islam.
Sikap dan pendirian Abu Talib yang
memihak kepada Nabi Muhammad SAW menyebabkan kaum Quraisy bertambah marah dan
meminta agar Nabi Muhammad SAW diserahkan kepada mereka. Setelah usaha tersebut
gagal, mereka cuba memujuk Nabi Muhammad SAW dengan menawarkan perempuan, harta
dan pangkat dengan syarat baginda meninggalkan seruan Islam, tetapi tawaran ini
ditolak.
Kaum Quraisy kemudiannya menggunakan
cara kompromi dengan mencadangkan agar Nabi Muhammad SAW menyembah berhala dan
mereka akan menyembah Tuhan Nabi Muhammad SAW.Tawaran ini juga ditolak oleh
baginda berdasarkan perintah Allah SWT dalam surah al-Kaafirun,ayat 1-6 yang
bermaksud "terdapat pemisahan mutlak antara agama Islam daripada agama
berhala".Kaum Quraisy tidak mahu beralah kerana tidak mahu kuasa yang ada
pada mereka tergugat.
Setelah gagal dengan pelbagai cara, akhirnya
kaum Quraisy mengambil tindakan keras dengan menyeksa orang Islam. Walaupun
orang Islam diseksa dengan dahsyat, namun bilangan orang yang memeluk Islam
terus bertambah.Umat Islam telah berpindah ke Habsyah bagi mengelakkan penyeksaan
kaum Quraisy, di samping berdakwah. Untuk menyebarkan agama Islam. Peristiwa
tersebut berlaku pada bulan Rejab tahun 615 M.
Mereka selamat tiba di Habsyah dan
diberikan perlindungan oleh rajanya,Najasyi. Nabi Muhammad SAW pula terus
berdakwah di Makkah.Bilangan orang Islam yang berhijrah ke Habsyah pada
peringkat awal ialah seramai 12 orang lelaki dan empat orang wanita. Bilangan
tersebut bertambah sehingga mencapai
82 orang, tidak termasuk wanita dan kanak-kanak.
Kaum Quraisy masih tidak berpuas hati
dan menghantar dua orang utusan meminta agar Raja Najasyi memulangkan orang
Islam.Namun, usaha tersebut gagal kerana Raja Najasyi sendiri telah tertarik
dengan agama Islam.Berita pengislaman Umar bin al-Khattab pada bulan Zulhijah
tahun 616 M yang juga merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh dalam
kalangan masyarakat di Makkah menyebabkan orang Islam kembali ke Makkah.
Kaum Quraisy semakin berpecah kerana Umar
bin al-Khattab merupakan orang kuat mereka.Kaum Quraisy telah merancang taktik
baharu untuk melemahkan umat Islam dengan memulaukan Bani Hasyim dan Bani
Muttalib, iaitu kaum keluarga Nabi Muhammad SAW.
Pemulauan yang berlangsung selama
kira-kira tiga tahun itu merangkumi larangan melakukan urusan jual beli,
perkahwinan dan memberikan pertolongan kepada kaum keluarga Nabi Muhammad SAW.
Mereka hanya dibenarkan keluar pada
musim haji. Peluang ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk menyebarkan
agama Islam kepada jemaah haji yang datang dari seluruh Semenanjung Tanah Arab.
No comments:
Post a Comment