26 Disember 2014
Permandangan dari udara Bandar Kota Baharu
yang ditenggelami air akibat limpahan air Sungai Kelantan di Kota Bharu
semalam. - Foto Bernama Permandangan
dari udara Bandar Kota Baharu yang ditenggelami air akibat limpahan air Sungai
Kelantan di Kota Bharu semalam. - Foto Bernama
KOTA BHARU - Jambatan Sultan
Yahya Petra yang menghubungkan bandar ini dengan Pasir Pekan di Tumpat, kini
ditutup kepada semua lalu lintas berikutan paras air di Sungai Kelantan sudah
meningkat melepasi jambatan itu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu
Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata ia ditutup kerana keadaan itu
berbahaya kepada pengguna.
"Ia ditutup kepada semua
jenis kenderaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Tinjauan Bernama mendapati
beberapa kawasan di sekitar Kota Baharu dinaiki air sejak semalam berikutan
banjir buruk yang melanda negeri ini terutama di kawasan Ulu Kelantan iaitu Gua
Musang dan Kuala Krai.
Air dari kawasan berkenaan
sedang mengalir ke arah Utara Kelantan iaitu jajahan Kota Bharu. – Bernama
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 26.12.14
No comments:
Post a Comment