Ad

Saturday, 27 December 2014

Sekolah: Ambil kira banjir



27 Disember 2014 1:43 AM 
KUANTAN 26 Dis. – Permulaan sesi baharu persekolahan tahun hadapan untuk negeri-negeri yang terlibat dengan banjir akan diputuskan tidak lama lagi, bergantung kepada situasi semasa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat khas membabitkan pegawai Jabatan Pendidikan di setiap negeri terlibat.

‘‘Kita tidak ada masalah untuk menangguhkan sesi persekolahan. Perkara ini sudah menjadi kebiasaan, semua Jabatan Pendidikan negeri ada prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perkara ini, pegawai pendidikan termasuk guru-guru besar sudah maklum.

‘‘Bagaimanapun, kita akan lihat perkembangan semasa banjir dan pengumuman berkaitan dengan perkara tersebut akan dikeluarkan kemudian,’’ katanya selepas mengadakan lawatan di pusat pemindahan di Kompleks Sukpa, Indera Mahkota di sini hari ini.

Mengiringi beliau, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sementara itu, beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, kerajaan belum memutuskan untuk memberi wang ihsan kepada mangsa banjir.

Namun, katanya, bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, akan diteruskan.

untuk musim persekolahan akan datang. Buat masa ini, saya tidak mahu umum apa-apa berkaitan dengan perkara tersebut, kita akan umum pada waktu yang sesuai.

‘‘Apa yang lebih penting sekarang adalah kita perlu menitikberatkan dan memberi jaminan kepada kebajikan mangsa banjir,’’ ujarnya.

Sementara itu, beliau mengingatkan penduduk di negeri-negeri yang terlibat dengan banjir meningkatkan kawalan keselamatan bagi menghadapi kemungkinan banjir yang lebih besar.

‘‘Banyak daerah yang terlibat seperti Kuantan, Lipis, Maran, Jerantut dan terkini Pekan. Keadaan di Pekan juga dimaklumkan akan berlaku banjir yang lebih teruk,’’ kata beliau.

Sementara itu, Muhyiddin Yassin dan Adnan menyertai kira-kira 1,000 jemaah Masjid Al-Makmur, Batu 10 di sini menunaikan solat hajat meminta agar hujan dihentikan dan bencana banjir yang melanda negeri ini tidak berlarutan, selepas solat Jumaat.

Solat itu diimamkan oleh Imam Tiga Masjid Al-Makmur, Mohd. Anuar Khazizi.

ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Datuk Mohd. Zaili Besar dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, Mohd. Anuar di akhir khutbahnya berkata, menjelang hujung tahun ini, rakyat menghadapi dua situasi iaitu anak-anak bersekolah yang pastinya memerlukan kewangan mencukupi dan musim tengkujuh.

“Di musim tengkujuh ini kita perlulah tabah dan sabar menghadapinya dengan keimanan kepada Allah,” katanya.
- sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sekolah-ambil-kira-banjir-1.41474#sthash.W8lxYtYJ.dpuf

No comments:

Post a Comment