–
DaliOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
DALI
ISU gaji tertunggak
pemain-pemain bola sepak tempatan bukanlah satu masalah baru dalam saingan bola
sepak Liga Malaysia (Liga M) sejak ia melangkah ke era profesional pada tahun
1992.
Musim ini, boleh dikatakan
hampir separuh pasukan dalam Liga M dikatakan memiliki masalah tersebut dan
para pemain mendakwa majikan mereka seakan-akan cuba menindas mereka.
Terbaharu, Persatuan Bola Sepak
Perlis (PFA) mengalami masalah kewangan kritikal dan gagal melunaskan
sebahagian besar gaji pemain yang dikatakan tertunggak hampir enam bulan.
Bagaimanapun, Presiden PFA,
Datuk Rozabil Abd. Rahman tampil memberikan respons bahawa beliau sedang
berusaha keras untuk menyelesaikan masalah itu walaupun menyedari kedudukan
kewangan PFA sangat menyedihkan.
Bercakap mengenai masalah
tersebut, legenda bola sepak negara, Dali Omar menjelaskan bahawa beliau risau
dengan isu pembayaran gaji yang tidak konsisten kepada pemain-pemain yang
beraksi dalam Liga M dan secara tidak langsung akan memberikan ruang kepada
bookie untuk mengambil alih kesempatan tersebut.
Jelas Dali, beliau tidak
menolak kemungkinan rasuah akan kembali menyerang Liga M jika masih banyak
persatuan mahupun kelab gagal mentadbir kebajikan pemain-pemain dengan lebih
profesional.
“Jika persatuan atau kelab
tidak mampu bayar gaji, bagaimana pemain mahu sara keluarga mereka?
“Kebajikan pemain-pemain harus
dijaga dengan baik. Jika persatuan tersebut matang, mereka sepatutnya tahu
untuk menjaga pemain-pemain profesional. Jika tidak, liga kita akan turus
menjadi sasaran bookie.
“Jika kita tidak menjaga dengan
baik, besar kemungkinan rasuah akan kembali menyerang Liga M. Adakah ini yang
kita mahukan? Apakah pemain harus dipersalahkan jika mereka bermain tanpa gaji?
“Pemain-pemain juga manusia
biasa. Mereka perlu menyara diri dan jika mereka terdesak, tidak mustahil
mereka akan terlibat dengan rasuah. Inilah sebab mengapa kita perlu pastikan
persatuan-persatuan bola sepak kita tampil lebih matang dan profesional,”
katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Dalam perkembangan sama, Dali
juga kesal dengan beberapa persatuan yang mengambil individu yang lebih
mengutamakan agenda peribadi berbanding semangat untuk membangunkan bola sepak
dan ia juga dilihat menjadi faktor kemerosotan pasukan itu.
“Maaf nak cakap, zaman sekarang
saya lihat orang yang tak pernah main bola pun boleh jadi presiden persatuan.
Ini kerana semua mahu nama tetapi hal bola sepak langsung tidak tahu.
“Semua berebut mahu menjadi
pegawai penting dalam persatuan tapi bila dalam kes ini, semua angkat kaki dan
sebelum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu menswastakan Liga M, pastikan
kesemua persatuan kena profesional.
“Jika tidak, buat malu sahaja
jika ada kes-kes seperti ini timbul di masa akan datang. Jika mereka tidak
mampu bayar gaji pemain, lebih baik FAM mengeluarkan pasukan itu dari Liga M.
Itu lebih baik,” katanya.
sumberArtikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3N1JXPOcFHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment