Ad

Friday, 19 December 2014

RON95 kembali di bawah RM2 seliter



REMBAU – Khabar gembira untuk pemilik kenderaan di negara ini apabila harga runcit petrol RON95 dan diesel dijangka turun di bawah harga RM2 seliter menjelang Januari depan sekiranya harga minyak dunia kekal mengalami penurunan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, penurunan itu tidak mustahil akan berlaku jika harga minyak dunia terus menunjukkan penurunan atau kekal seperti yang direkodkan dalam tempoh 18 hari pertama bulan ini.

“Ini merupakan berita baik untuk rakyat. Harapan kita supaya purata harga minyak dunia akan kekal (dalam 10 hari) maka dapatlah (harga petrol RON95) di bawah RM2,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penerangan dan Dialog Cukai Barangan dan Perkhidmatan peringkat Parlimen Rembau di Institut Latihan Perindustrian Pedas di sini semalam.
SUMBER-
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3MPoe6TkdHakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment