17 Disember 2014 1:00 AM
Norshahrul Idlan Talaha (kiri)
dipeluk oleh Indra Putra Mahayuddin
Norshahrul Idlan Talaha (kiri)
dipeluk oleh Indra Putra Mahayuddin selepas dia menjaringkan gol sewaktu
menentang Vietnam dalam perlawanan separuh akhir kedua di Hanoi 11 Disember
lalu.– UTUSAN
BANGKOK – Sebaik sahaja Indra
Putra Mahayuddin diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Vietnam,
penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha tidak menunggu lama untuk
meledak jaringan pertamanya dalam Piala AFF 2014.
Ditambah pula dengan kehadiran
Mohd. Badhri Radzi di bahagian tengah, maka lengkaplah gandingan treble 2012
yang membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super.
Dan mereka telah memainkan
peranan masing-masing dengan baik untuk membantu Malaysia mengatasi Vietnam 4-2
dalam perlawanan separuh akhir kedua di Hanoi itu bagi melayakkan diri ke
perlawanan akhir dengan agregat 5-4 untuk menentang Thailand hari ini.
Tidak menolak faktor Indra
Putra dan Mohd. Badhri banyak membantunya menampilkan prestasi yang baik di
Hanoi, Norshahrul atau dikenali sebagai Mat Yo mengakui persefahaman yang telah
terbina antara mereka di Kelantan menjadi faktor penting mengapa mereka boleh
mengalahkan Vietnam.
“Saya, Indra dan Piya (Mohd.
Badhri) telah bermain bersama-sama di Kelantan selama beberapa musim, jadi kami
dah masak dengan corak permainan masing-masing.
“Seperti Indra, dia faham cara
saya main...saya pun tahu cara dia main. Begitu juga dengan Piya, jadi itu
memang beri sedikit kelebihan.
“Semuanya bergantung kepada
jurulatih namun jika kami bertiga beraksi sekali lagi, kami bersedia mengulangi
apa yang kami lakukan ketika lawan Vietnam,” katanya ketika ditemui selepas
sesi latihan semalam.
Norshahrul mencipta jaringan
kedua ke atas Vietnam sementara Indra Putra menjadi arkitek kepada dua gol
Harimau Malaya manakala Piya banyak melakukan hantaran berbahaya ke dalam
kawasan lawan.
Dalam masa sama, Norshahrul
berkata, dia berharap mampu meneruskan rentak jaringan dengan menjadikan
Thailand sebagai mangsa seterusnya.
“Kalau tanyakan mana-mana
pemain pun, semua hendak jaringkan gol termasuk Apek (penjaga gol Khairul
Fahmi Che Mat).
“Pengalaman bermain di Stadium
Rajamangala dua tahun lalu (separuh akhir Piala AFF 2012) bersama beberapa
rakan-rakan sepasukan mungkin boleh membantu.
“Kami mahu pulang ke Kuala
Lumpur tanpa ada sebarang tekanan untuk perlawanan akhir kedua, jadi kami tidak
boleh tewas di sini,” katanya. – UTUSAN
- Sumber:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mat-yo-indra-piya-berganding-lagi-1.37282#sthash.fNGz99ZP.dpuf
No comments:
Post a Comment