Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my
PENGGUNA kenderaan dapat
menikmati harga petrol yang lebih rendah disebabkan trend penurunan harga
minyak mentah dunia. – Gambar hiasan
PUTRAJAYA – Kerajaan menurunkan
harga runcit petrol RON95 dan RON97 sebanyak 35 sen seliter, masing-masing
kepada RM1.91 dan RM2.11 bermula pukul 12.01 pagi hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit
bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.
“Harga baharu ini akan berkuat
kuasa bagi bulan Januari 2015.
“Kerajaan akan sentiasa
mengikuti perkembangan harga pasaran produk dan kadar pertukaran mata wang
untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya,”
katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Kerajaan pada 21 November lalu
memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel akan mengikut kaedah
pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.
Sehubungan itu, harga runcit
RON95 pada bulan Disember ditetapkan RM2.26 seliter dan diesel RM2.23 seliter.
Harga RON97 pula RM2.46 seliter.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3NWVFLINnHakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment