Oleh JALALUDDIN BAHARIN
sukan.kosmo.com.my
PEMAIN Harimau Malaya menggalas
tugas berat untuk memburu gol awal dalam misi merangkul kejuaraan Piala AFF
Suzuki 2014 menentang Thailand di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
KETINGGALAN dua gol kepada
skuad Gajah Putih menyaksikan Harimau Malaya perlu memburu tiga gol selain
mengelakkan gawang daripada dibolosi oleh Thailand untuk mencapai kemenangan
dalam aksi Piala AFF Suzuki 2014.
Menurut pemain tengah Harimau
Malaya, Mohd. Safiq Rahim, corak permainan yang akan dipamerkan dalam aksi
akhir itu lebih bersifat menyerang.
“Kami tidak akan sesekali
mensia-siakan peluang yang terhidang ini walaupun telah ketinggalan dua gol.
Kemenangan adalah matlamat utama yang perlu dicapai apabila bermain di tempat
sendiri dan saya yakin dengan sokongan padu penyokong skuad Harimau Malaya, ia
akan memberi satu motivasi penting untuk kami berjuang habis-habisan.
“Ya jika dalam aksi akhir
pertama, fokus kami adalah bermain secara bertahan, namun kali ini kami akan
bermain secara serangan untuk mencari gol awal yang dilihat mampu untuk
menaikkan semangat pemain bagi menambah lagi gol.
“Bagaimanapun apa yang bakal
dilakukan itu tidak bermakna kami akan mengabaikan posisi pertahanan. Kami
perlu bermain dengan rentak yang pantas iaitu secara menyerang dan dalam masa
yang sama bertahan apabila ada pemain lawan berada dalam kedudukan yang boleh
membahayakan kubu skuad negara,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di
Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Dalam aksi akhir pertama yang
berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok Rabu lalu, skuad Harimau Malaya
tewas 0-2 kepada Thailand yang mana jaringan gol awal menerusi sepakan penalti
telah menjejaskan rentak permainan skuad bimbingan jurulatih Dollah Salleh.
Susulan daripada perkara itu,
skuad Gajah Perang ternyata tidak mensia-siakan peluang untuk menggandakan gol
dan hasilnya, mereka berjaya menambah satu lagi gol untuk dijadikan bekalan
semasa bertandang dalam aksi timbal balik kedua di Stadium Nasional, Bukit
Jalil malam ini.
Safiq menjelaskan, strategi dan
perancangan untuk merobek benteng pertahanan Thailand sebenarnya sudah diatur
oleh Dollah Salleh.
“Kami sudah pun mempunyai
perancangan tersendiri iaitu mencari gol awal dan elakkan gawang daripada
dibolosi. Saya berharap agar penyokong-penyokong Harimau Malaya akan mendoakan
kejayaan kami serta akan terus menyokong kami,” katanya.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1220&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3MPmEyPF6Hakcipta
terpelihara
No comments:
Post a Comment