16 Disember 2014 11:55 AM
PASIR PUTEH 16 Dis. - Seramai
19 orang daripada empat keluarga di Kampung Tok Kundur, Bukit Awang di sini
dipindahkan ke pusat pemindahan malam tadi berikutan banjir setelah hujan lebat
sejak dua hari lepas.
Portal rasmi banjir negeri
Kelantan menyatakan penduduk terbabit, yang terdiri daripada tujuh dewasa dan
12 kanak-kanak, ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan
Wakaf Raja di sini pada 8 malam tadi.
Kawasan kediaman mereka dinaiki
air sedalam 1.5 meter akibat limpahan air dari Sungai Petai di sini.
Sementara itu, Pegawai Jabatan
Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pasir Puteh, Ramlan Ros Wahid ketika ditemui
pemberita di sini berkata seramai 8 orang dari sebuah keluarga di kampung
berkenaan enggan berpindah walaupun kawasan rumah mereka dinaiki air.
Mereka memberi alasan akan
menggunakan perahu sendiri jika mahu berpindah, katanya. - BERNAMA
- sumber:
http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/alam-sekitar/banjir-19-orang-dipindahkan-di-pasir-puteh-1.37061#sthash.TgKGPdu2.dpuf
No comments:
Post a Comment