Ad

Wednesday 31 December 2014

Najib tumpukan keperluan rakyat



 
Najib bersalaman dengan orang ramai sebelum menunaikan solat Maghrib sempena Majlis Mensyukuri Kehadiran Tahun Baharu 2015 di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Tumpat, Kelantan semalam.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan harapan untuk membina sebuah masyarakat yang lebih selamat, makmur dan saksama tahun ini dengan memberi tumpuan terhadap kehidupan dan keperluan rakyat.

Perdana Menteri, dalam mesej akhir tahun dalam blog beliau, www.najibrazak.com, semalam berkata, dalam bulan-bulan dan tahun-tahun akan datang, fokus beliau adalah mengenai rakyat.

“Walaupun prestasi ekonomi Malaysia adalah luar biasa, saya sedar bahawa rakyat sentiasa tidak merasakan mereka mendapat bahagian daripada kejayaan negara kita.

“Oleh sebab itu, di samping usaha-usaha kita untuk memperkukuhkan ekonomi dengan meningkatkan pendapatan, mengurangkan perbelanjaan, dan menambah produktiviti, kita juga akan berusaha mengurangkan ketidaksamaan dengan mengurangkan jurang antara yang kaya dan miskin,” katanya.

Najib berkata, beliau yakin ekonomi Malaysia akan terus berkembang dan membawa lebih banyak peluang pekerjaan dan mutu kehidupan yang lebih baik kerana asas-asas yang kukuh dan dasar-dasar kerajaan yang jelas dan konsisten.
Sumber-
ArtikelPenuh:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3NWY1tso9Hakcipta terpelihara

No comments:

Post a Comment