Ad

Saturday, 20 December 2014

Safee: Stadium Bukit Jalil detik penentu



Wartawan Sinar Harian
19 Disember 2014
 Safee hanya dimasukkan ketika perlawanan sebenar berbaki 15 minit.
    Safee hanya dimasukkan ketika perlawanan sebenar berbaki 15 minit.     Safee hanya dimasukkan ketika perlawanan sebenar berbaki 15 minit.

PENYERANG kebangsaan, Safee Sali percaya Harimau Malaya mampu memadam kelebihan dua gol seandainya  rentak permainan separuh masa pertama di Bangkok terus dikekalkan pada perlawanan final kedua, malam esok.

Tetap percaya dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku, pemain Harimau Selatan ini mengharapkan rakan sepasukan kembali bangkit.

“Sebelum Thailand dihadiahkan sepakan penalti, saya lihat rakan sepasukan berjaya mengimbangi corak permainan tuan rumah, malah menghadirkan rasa gerun apabila serangan dilakukan.

“Cuma beberapa kesilapan  berbaki 15 minit terakhir separuh masa kedua memisahkan kita dengan tuan rumah.

“Masih memiliki peluang, 90 minit adalah masa yang panjang dan segala-galanya boleh berlaku dalam bola sepak.

“Lihat sahaja pada aksi separuh akhir menentang Vietnam di mana kita tewas 1-2 di Shah Alam, namun bangkit di Hanoi dengan kemenangan 4-2 dan layak dengan agregat 5-4,” katanya yang masuk ketika perlawanan berbaki 15 minit terakhir.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 19.12.14

No comments:

Post a Comment