Ad

Wednesday, 31 December 2014

ULASAN NOVEL SUAMIKU ENCIK SOTONG



Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Tajuk Novel    :Suamiku Encik Sotong
Pengarang       : Syikin Zainal
Terbitan           : Buku Prima, Grup Buku Karangkraf.
Harga              : RM25.90.
Halaman          : 611 muka surat.
 
BAB 1
      Peguam Siti Sarah mengumpulkan semua ahli keluarga Tengku Khaleeda Tengku Mansor untuk membacakan wasiat  allahyarhamah di rumah agamnya di Melaka. Ahli keluarga allahyarham Tengku Khaleeda terdiri daripada cucu sulungnya Erica Zahid, menantunya Encik Zahid,anaknya yang kedua Tengku Atylia dan anaknya Tengku Izhan, Amylia dan Farish yang tinggal bersama Tengku Khaledda sepanjang hayatnya di rumah besar itu. Pembacaan wasiat tidak dapat dijalankan kerana Tengku Izhan lambat tiba ke Melaka. Peguam Siri sarah meminta semua ahli keluarga Tengku Khaleeda berkumpul semula di rumah agam itu pada pukul 10.00 pagi.

      Watak utama Erica Sofea Zahid seorang gadis cantik berusia 19 tahun, manakala Encik Sotong anak angkat Tengku Khaleeda yang lembut berusia 21 tahun. Farish amat sedih dengan kematian emak angkatnya Tengku Khaleeda. Kini beliau Cuma tingal bersama Mama Lia di rumah agam yang besar peninggalan aruah ibu angkatnya. Tengku Atylia satu-satunya anak Tengku Khaleeda yang masih hidup seorang yang angkuh dan sombong. Kakak sulungnya merupakan suami Encik Zahid bapa Erica.

No comments:

Post a Comment